Bersama Berjuang

Monday, December 13, 2010

FAHAMAN NEOLITIK - BLOG TIDAK BANYAK MEMBANTU BN!!!


Beberapa hari lalu, GT ada join sembang kedai kopi (bukan Old Town Kopitiam..) nak jugaklah dengar pendapat2 politik otai-otai ni.  

Dalam bersembang-sembang, topik blogging menjadi bualan.  GT gitau bahawa kebangkitan blog-blog mesra kerajaan byk membantu dalam menyalurkan maklumat, dan menangkis fitnah2 gaya RPK untuk menghancurkan Malaysia.  GT menyoalkan mengapa sgt kurang blog UMNO, sedangkan byk cawangan, atau bahagian.  Kalau 1 DUN ada satu blog yang menyiarkan cerita, fitnah dan kehaprakan, kan ke membantu DUN itu sendiri.  Rakyat DUN itu dapat mengikuti cerita politik area situ. Jangan bila taip kat internet DUN ABC, yang kuar blog2 Fuckatan.  Salah seorang otai memberitahu bahawa blog sebenarnya hanya dibaca oleh orang keje ofis, time keje baca blog.  Budak2 kat cyber cafe pun main game, bukannya baca blog.  Secara tak langsung, sumbangan blog-blog ini sgt minima.  Bagi dia, lebih baik tarik pengundi muda dengan cara ini.  Waktu dia hari jadi, dia nak panggil kawan2 anak dia untuk hadir.  Sambil2 tu bleh psiko budak2 nih.  Kedua, dia benarkan budak2 parking kat laman umah dia waktu nak sembahyang jumaat, pastu lepas parking motor, dia akan taruk bendera UMNO dan BN kat area situ.  Biar budak2 saban minggu tgk je bendera tuh.  Dengan harapan, termakan psiko.  

Aduhaiiii.. betapa retronya pemikiran dia nih.  GT tak nafikan, apa yang dia cuba buat itu membantu, tapi bagaimana orang muda yang melayari internet di area situ, sampaikah mesej dia tu???  Atau, orang muda yang malu2, yg atas pagar, tapi ingin mengikuti perkembangan isu politik??  Dia secara tidak langsung menafikan kuasa media digital terbaru ini.  Dan GT pasti, dia tak baca blog.. hahahahaha... 

Dia rupanya berjawatan KETUA UMNO CAWANGAN!!!  

DS Najib pun dah ada personal website, Tun M pun begitu.  Tapi otai yang satu ni rupanya masih hidup zaman neolitik agaknya..  steady lah uncle (takkan nak panggil bro, kan?) ... kene terima perubahan.. berani berubah, tranformasi.  Kene ada change management.  Dia kena ingat, generasi sekarang bukannya  pre baby boomer, atau baby boomer.  Generasi X, Y, Z yg akan menentukan masa depan.  Takkan nak ikut fahaman neolitik sedangkan ada sejarah Bani Jawi!!!

Mgkin dia tak tahu, pada 2005 sahaja, statistik menunjukkan seramai 10,040,00 orang pelayar internet di Malaysia, sekarang???

2 comments:

  1. Ya Ampun bro..

    Ko jumpa pemuda zaman paleolitik ke. Hahahahaha

    ReplyDelete
  2. begitulah bro orang orang politik ni..mana dia pk pasal blog tenet ni semua...maklumlah kebanyakkannya mereka ni semua orang yang dah nak expired.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...