Bersama Berjuang

Thursday, December 16, 2010

DETIK BERSEJARAH: PARTI AKIM DILELONG OLEH ZAID IBRAHIM!!!

MACHANG: Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat berkata, beliau tidak mengiktiraf atau bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk penukaran nama parti itu Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) seperti yang diputuskan dalam mesyuarat penubuhannya di Kuala Lumpur semalam.

Akim merupakan sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih 15 tahun lalu mempunyai prinsip perjuangannya tersendiri untuk menyatupadukan umat Islam di seluruh negara, katanya.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita mengenai bekas Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim yang dilaporkan menerajui parti Kita yang ditukarkan namanya daripada Akim dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan Akim di Kuala Lumpur.

Zaid, yang juga bekas Anggota Parlimen Kota Baharu, dilaporkan berkata parti baru yang diterajuinya itu tidak akan menyertai pakatan pembangkang.

Hanafi berkata mereka yang cuba menukar nama parti itu kepada nama baru, seolah-olah mencabul hak Akim sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Ini sebagaimana terkandung dalam perlembagaan diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Mereka cuba menghidupkan Akim dengan nama lain, seolah-olah melelong parti itu kepada pihak lain untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindak tanduk anggota Akim yang terbabit dengan penubuhan parti Kita bagi menggantikan nama asal Akim serta berniat menggulingkannya.

Hanapi berkata, beliau tetap menganggap dirinya Presiden Akim yang sah walaupun ada pihak lain mendakwa diri mereka Presiden Akim. Sebelum ini Bernama melaporkan Pengarah ROS Kelantan, Wan Rahimah Wan Hamat mengesahkan Hanapi kekal menjadi Presiden parti Akim berikutan kemelut perebutan pihak lain terhadap jawatan itu sehingga menjejaskan penubuhan parti berkenaan.- Bernama

GERAKAN TIMUR:
huhuhuhu....  mana2 Tok Kuda pergi, mesti dia buat havoc.  Dalam UMNO, kabinet, PKR dan sekarang ni pulak.  Nampaknya mmg Tok Kuda nak jawatan Presiden, tu yang asyik buat kacau....  Presiden AKIM pun diketepikan.  Apa kata cuba DAPigs lepas ni... amacam Tok?

1 comment:

  1. salam saudara
    Maaf blog anda baru sahaja saya masukkan ke blog saya maaf diatas kehilangan link disebabkan pertukaran design

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...