Bersama Berjuang

Tuesday, September 25, 2012

MB Pahang Buktikan Solidariti Anak Muda Malaysia Mangkuk Ayun!!!



Awal minggu ini Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob telah mengeluarkan satu kenyataan tentang kemungkinan untuk membatalkan perjanjian konsesi bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor yang kemudiannya telah mengundang kemarahan ramai penyokong PR.

Kenyataan MB Pahang itu sebenarnya ada kaitan langsung dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang ditandatangani pada 22 Nov 2007 dan merupakan pelengkap kepada projek Langat 2 yang masih hangat diperdebatkan tika ini.

Menurut Adnan, langkah tersebut akan dipertimbangkan sekiranya kerajaan PKR Selangor terus mempolitikkan isu bekalan air dan masih berkeras enggan membenarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) diteruskan.

Tidak semena-mena, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengeluarkan kenyataan melalui Penyelarasnya, Azhar Achila mengecam MB Pahang itu yang disifatkannya sebagai satu ugutan yang jika dilaksanakan bakal menyebabkan krisis air melanda negeri Selangor.

Kebanyakan khalayak pembaca yang memahami hujung pangkal isu air di Selangor tentunya senyum sinis membaca kenyataan dangkal dari NGO pro PR yang diketuai oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin itu. 

Manakan tidak, baru sahaja 17 Julai lalu Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu dengan bongkak dan sombongnya mendakwa bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi untuk menampung keperluan pengguna di Lembah Klang.

Untuk mengukuhkan hujahnya, Ronnie yang juga adalah pemimpin DAP negeri turut membawa rombongan media ke beberapa batang sungai dan empangan yang dipenuhi air untuk membuktikan bahawa tiada masalah air di negeri tersebut.

Jika sudah demikian, apa perlunya untuk untuk SAMM mempertikaikan amaran dari MB Pahang sedangkan pemimpin negeri Selangor sendiri sudah begitu yakin tiada keperluan bergantung pada bekalan air mentah dari Pahang.

Malah kira-kira dua tahun lalu pula pada 4 Ogos 2010, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga secara terbuka telah menolak mentah-mentah tawaran dari kerajaan negeri Pahang yang mahu membantu Selangor dalam usaha berhadapan dengan jangkaan krisis air di negeri tersebut.

Kata Khalid, tiada keperluan segera untuk menerima air mentah dari Pahang kerana bekalan air mentah di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019. Bagi Khalid, soal penyusunan semula syarikat bekalan air jauh lebih penting berbanding risiko krisis air yang diramalkan berlaku pada 2014.

Jadi, teramat kena pada masanya dan amat elok sekali untuk kerajaan Pahang batalkan saja bekalan air mentah ke Selangor sementelah lagi kerajaan Selangor sendiri pun tetap berdegil dan begitu ego sekali. Orang dah taknak, buat apa lagi diteruskan penjanjian konsesi, tak begitu?

Berdasarkan keyakinan MB Selangor dan Exconya itu, sepatutnya tidak perlu ada kebimbangan dari pemimpin PR mahupun mana-mana NGO mereka berhubung kenyataan 'ugutan' dari MB Pahang. 

Kecualilah sudah termaktub sejak azali bahawa NGO pro PR itu yang diketuai oleh pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin sememangnya sudah melampau-lampau kebodohannya apabila mengulas isu tanpa membuat analisis yang mendalam.

Tambah bodoh lagi apabila ramai penyokong PAS dan PKR yang turut sama menyokong kenyataan dari SAMM sekaligus mendedahkan betapa ceteknya pemikiran seseorang individu setelah dirinya menjadi penyokong pakatan pembangkang.

21 September 2012 Aman Tanpa Anwar... Bererti Malaysia Selamat Tanpa Anwar!!!


Tanggal 21 September 2012 yang lepas, umat Islam dari seluruh negara telah berhimpun secara aman di pelbagai lokasi sebagai bantahan terhadap filem Innocecence Of Muslims yang telah menghina agama Islam dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Di ibukota Kuala Lumpur, dua perhimpunan dijalankan serentak - satu di perkarangan Masjid Kampung Baru yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO manakala satu lagi dilangsungkan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

Perhimpunan yang bermula selepas solat Jumaat itu ternyata telah berlangsung dalam keadaan tenteram dan aman tanpa sebarang kejadian tak diingini walaupun kehadiran peserta mencecah ribuan orang.

Agak menarik untuk diperkatakan apabila kelibat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang tidak kelihatan di mana-mana lokasi perhimpunan pada hari itu. Anwar tidak berada di Jalan Tun Razak dan tidak juga menghadiri himpunan di Kampung Baru. 

Di Pulau Pinang, negeri tumpah darahnya juga bayang Anwar langsung tidak nampak sekalipun beberapa himpunan jalanan di sana telah menggabungkan hadirin yang terdiri dari pelbagai parti politik.

Pelik bukan? Tatkala kesucian agama Islam dan imej baik Nabi Muhammad s.a.w dirobek oleh musuh Islam melalui filem Innocence of Muslims, Anwar pula mengambil sikap mengasingkan diri dari menyertai sebarang perhimpunan membantah penghinaan tersebut.

Tidak diketahui sama ada Anwar sengaja tidak menyertainya kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko dana asing dari Yahudi Zionis untuk kempen pilihanrayanya dipotong atau sebaliknya, sukar untuk ditentukan misterinya.

Sedangkan selama ini, reputasi Anwar cukup terkenal sebagai antara pemimpin politik yang tidak pernah melepaskan peluang merangka demonstrasi dan menyertai pelbagai perhimpunan jalanan.

Malah sejak dekad 1970-an semasa dirinya masih bergelar pelajar Universiti Malaya (UM), nama Anwar sudah sinonim sebagai pelopor demonstrasi dan himpunan jalanan termasuklah pernah menggemparkan negara dengan isu rekaannya konon ada penduduk di daerah Baling, Kedah yang mati kebuluran.

Manakala semasa era kegelapan reformasi pada akhir 1990-an, Anwar yang ketika itu baru dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri telah mengembleng pengikutnya di seluruh negara untuk berkubu di ibukota seterusnya mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.

Ketika himpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0 pula Anwar juga tidak melepaskan peluang menghadirinya malah mengambil peluang menyampaikan ucapan politik kepada hadirin.

Lebih menarik lagi, baik ketika Anwar menyertai demonstrasi jalanan tahun 1970-an, perarakan reformasi akhir 90-an hinggalah himpunan jalanan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semuanya berakhir dengan penuh keganasan dan huru hara.

Dalam demonstrasi 1970-an ramai yang tercedera selepas para pelajar yang diketuai Anwar gagal mengawal diri membawa kepada pertentangan terbuka dengan anggota keselamatan.

Semasa demonstrasi jalanan reformasi pula, berpuluh orang tercedera dan ditahan, serta harta benda awam dirosakkan termasuklah kemusnahan di bahagian hadapan pintu cermin bangunan PWTC. Manakala jalan-jalanraya di sekitar KL pula dipenuhi dengan tayar dan sampah sarap yang dibakar oleh pengikut Anwar.

Demikian juga ketika berlangsungnya himpunan 'aman' Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, suasana yang aman dipermulaannya hanya bertahan sekejap cuma, beberapa ketika selepas Anwar berucap, suasana aman dan tenteram terus tergugat dan emosi peserta himpunan membuak-buak dengan emosi amarah yang menggila.

Selanjutnya berlakulah pertentangan terbuka mencabar kewibawaan pasukan keselamatan dan para peserta mula merempuh sekatan serta ada yang mencederakan anggota polis serta menterbalikkan kenderaannya.

Melihat pada sejarah hitam dan reputasi buruk yang melingkari sejarah hidup Anwar, mungkin juga sebenarnya ketidakhadiran Anwar di himpunan membantah penghinaan yang dilakukan oleh filem Innocence of Muslim itu boleh dianggap sebagai satu rahmat untuk para peserta himpunan.

Setidak-tidaknya ia menjadi bukti kukuh bahawa tanpa penglibatan Anwar, sesuatu himpunan aman itu kekal menjadi aman manakala aktiviti harian dan ekonomi dapat terus beroperasi seperti biasa. 

TUN M: "Malaysiakini Juga Terlibat"



Portal propembangkang, Malaysiakini dilihat turut terlibat dalam agenda asing untuk menguasai politik negara dan menukar kerajaan sedia ada melalui laporan berita bertopengkan nilai demokrasi serta kebebasan bersuara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penglibatan portal berita serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha itu adalah amat tidak sihat kerana pemimpin yang bakal dipilih nanti pasti terpaksa mengikut telunjuk pihak luar.

"Sama ada nilai liberal Barat atau (George) Soros, dia nak satu Perdana Menteri yang dia boleh guna, sebab itu dia nak regime change di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia.

"Malaysiakini semua ada kaitan, kesemuanya sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai operasi portal propembangkang, Malaysiakini serta penglibatan NGO seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima dana daripada Open Society Institute (OSI) milik Soros.

Di antara pembiayaan lain yang diterima pertubuhan berkaitan adalah daripada National Endowment For Democracy (NED) milik seorang lagi tokoh Yahudi, Carl Gershman. 

Sebelum ini, wartawan veteran, YL Chong mendedahkan beliau meletak jawatan sebagai Pengarang Berita Malaysiakini lebih sedekad yang lalu kerana pengurusan portal berita propembangkang itu enggan mengakui menerima dana daripada Soros.

Menurut Chong lagi, Ketua Pengarang Kumpulan dan pengasas Malaysiakini, Steven Gan pernah mengakui portal itu akan 'mati' jika mengaku menerima dana daripada Soros.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika berucap memberitahu, peningkatan kes jenayah serta isu sosial di kalangan umat Islam di seluruh dunia adalah disebabkan mereka tidak mengamalkan ajaran sebenar agama itu seperti tertulis di dalam al-Quran.

"Hari ini ramai yang terikut-ikut dengan interpretasi dibuat pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan masing-masing sehingga berjaya mengelirukan umat Islam menyebabkan mereka tidak mampu mempertahankan diri," katanya. - Utusan Malaysia

Jet Peribadi: "Anwar Menabung Sejak Kecil Untuk Beli Jet???"



Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka ‘mendekati’ rakyat marhaen.  

Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat.  Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN.  

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian.  Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri.  

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia.  Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara.   

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura.  Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau.  

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi.  Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya.   

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan.   Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS.  

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan ‘layak’ buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara.   Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya.  

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah ‘di celah gigi’ saja baginya..  

Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi.   

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi.  

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara.  

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa.  Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel.  Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga.  

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan ‘kehidupan di atas kayangan ini?’  

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir?   Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa?  Kenapa perlukan sebuah jet?   Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya?  

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius.  

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia.   Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan.  Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR.   Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.

Dana Yahudi Untuk Laksana Hudud? Kalau Syaitan Pun Sanggup Kerjasama, Ini kan Pula...



Setelah segalanya terbongkar, SUARAM kini tidak lagi dapat menafikan bahawa pertubuhan itu menerima dana dari NED dan OSI yang diterajui Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros yang mempunyai matlamat yang sama iaitu menjatuhkan kerajaan berdaulat untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan mereka.  

Di masa yang sama juga Pakatan Rakyat (PR) pula tidak mampu menafikan bahawa begitu ramai pemimpin-pemimpin mereka yang menjadi peneraju SUARAM.  

Maka terbuktilah bahawa PR dan SUARAM adalah satu dan jika SUARAM menerima dana asing maka ia juga bermakna bahawa PR yang menerima dana asing. 

Kerana itu, kita melihat PR, sama ada PKR, DAP mahupun PAS sama-sama melatah dan gelabah apabila SUARAM didedahkan sebagai agen asing dan bakal berhadapan dengan undang-undang.   Pantas, laman-laman web, portal serta blog-blog dan media rasmi PR bertungkus lumus cuba membela SUARAM dan meremehkan soal penerimaan dana asing.  

Kononnya, dana asing perlu bagi membolehkan sesuatu pertubuhan bergerak bebas, tidak terikat dengan agenda tertentu serta berani membongkar kemungkaran kerajaan.  

Namun, PR tidak mampu menjelaskan apakah tujuan pihak asing menyumbang dana kepada mereka?   Apakah agenda atau matlamat yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu PR dengan sumbangan dana yang begitu banyak saban tahun?  Tidak mungkin pihak asing tidak mengharapkan apa-apa balasan atau keuntungan atas sumbangan atau pelaburan yang dibuat.  

Sebenarnya, tidak sukar untuk membaca agenda asing puak Yahudi Zionis atau dewa kapitalis si George Soros.  Agenda mereka ialah menguasai sumber dan ekonomi negara, melemahkan pegangan agama Islam di kalangan umat Islam serta menyebarkan cara hidup liberal serta fahaman plural yang bebas dan tiada batasan.   

Agenda mereka ini boleh dilihat dengan jelas dengan memerhati ke mana arah aliran wang yang disumbangkan mereka di seluruh dunia dan juga tulisan-tulisan di media-media yang ditaja mereka.  Jelas sekali bahawa pihak inilah yang menjadi tunjang perjuangan LGBT selain dalang kejatuhan Mesir, Libya, Syria, Tunisia dan banyak lagi negara-negara lain.  

Seperti yang kita sedia maklum, keadaan di negara-negara yang berjaya dijatuhkan mereka bukannya semakin baik tetapi rakyat semakin menderita apabila ekonomi musnah dan terpaksa berhadapan dengan ancaman keganasan yang tiada kesudahan yang tercetus oleh kemarahan dan tidak puas hati di kalangan rakyat sendiri akibat penderitaan yang berterusan.   Ketidakstabilan ini lambat laun akan mengundang penjajahan secara langsung atau tidak langsung oleh pihak asing tadi dan inilah yang ditunggu-tunggu mereka.  

Justeru, rakyat Malaysia perlu faham bahawa segala sumbangan pihak asing kepada PR melalui SUARAM atau yang sewaktu dengannya seperti BERSIH, adalah membawa agenda dan matlamat yang sama.  

Kita pasti DAP dan PKR cukup maklum akan agenda asing ini dan mereka tidak punya masalah untuk ‘menyesuaikan’ diri dengan liberalisme mahupun pluralisme.  

Yang kita tidak pasti ialah sama ada saudara-saudara kita di dalam PAS benar-benar kurang arif, kabur atau sememangnya tidak peduli lagi berkenaan dana dan agenda asing tersebut.  

Harakahdaily hari ini memaparkan tulisan Aspan Alias yang cuba mengalih isu SUARAM dengan membangkitkan soal Altantuya dan rasuah dalam pembelian kapal selam.  Kononnya, kerajaan berada dalam keadaan ‘mandi tak basah dan tidur tidak lena’.   

Namun, tulisan Aspan yang ‘malu-malu’ untuk menyebut mengenai SUARAM menerima dana dari Yahudi dan George Soros, dengan sendirinya membuktikan bahawa PR yang sebenarnya berpeluh-peluh cemas.  

Kes Altantuya serta pembelian kapal selam telah lama dijawab oleh kerajaan dengan konsisten dan terperinci serta jawapan tersebut juga adalah selari dengan apa yang dikemukakan oleh pihak Perancis, iaitu polis dan juga mahkamah.  Yang tidak konsisten dan sentiasa berubah ialah kenyataan dan tuduhan SUARAM, termasuk akuan bersumpah dan artikel berkenaannya yang ditulis oleh para penulis pro-PR.   Akhirnya, penipuan SUARAM telah pun terdedah luas, dan motif serta dalangnya juga sudah terbongkar.  

Maka, bola kini berada di kaki Aspan atau PR, bukan kerajaan.  Pembaca kini tertanya-tanya, kenapa Aspan mengelak dari mengulas mengenai dana asing? 

Oleh kerana kita telah mengenepikan PKR dan DAP dalam membicarakan soal agenda musuh Islam, maka persoalan seterusnya ditujukan kepada PAS, iaitu kenapa Harakahdaily menyiarkan artikel Aspan tersebut?   

Apakah kerana PAS tidak peduli lagi serta benar-benar percaya bahawa ‘wang dari darah umat Islam’ yang disumbangkan oleh Yahudi Zionis dan penyangak matawang George Soros mampu membantu mereka memerintah Malaysia, menegakkan agama Allah serta melaksanakan hudud?   

Apakah kedudukan ‘halal-haram’ menerima wang dari sumber yang jelas haram kerana datang dari musuh yang menindas, membunuh dan merampas tanah umat Islam?  

Apakah semua itu tidak penting lagi, sepertimana slogan yang dibanggakan PAS iaitu, ‘Asal Bukan UMNO’, maka Yahudi hatta syaitan pun tak apa?

Monday, September 24, 2012

Tun M Sebak... Apa Puncanya???



Saya sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Mahasiswa Telah Bersuara "Jgn Liwat Kami"!!!



Perkembangan terbaru pilihan raya kampus yang berlangsung pada semalam di lima buah universiti awam telah menunjukkan perkembangan yang positif untuk kerajaan.

Umumnya mengerti, pertembungan sengit antara Aspirasi Mahasiswa dan Pro-Mahasiswa, yang tidak boleh dinafikan, masing-masing berpihak kepada kerajaan dan pembangkang.

Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Menurut maklumat, Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24) kecuali di UTHM (25/27)

Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa di UiTM mengulangi kejayaan mereka pada tahun lalu yang turut menyapu bersih kesemua kerusi perwakilan sekaligus menjadi satu-satunya universiti awam di negara ini di mana kerusi perwakilan tidak pernah dimenangi oleh Pro-M.

Baca seterusnya DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...