Bersama Berjuang

Thursday, January 23, 2014

Anti Tudung - Pabila Ruang dan Peluang Diberi Kepada Puak Anti-Islam


Ramai yang hanya mampu menggelengkan kepala, apabila membaca laporan demi laporan yang disiarkan oleh media-media massa dan laman-laman sosial mengenai diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Hari demi hari, ada sahaja yang tampil meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap tindakan segelintir masyarakat khususnya keturunan Cina yang melihat tudung sebagai punca masalah sehingga sanggup bertindak keterlaluan.

Sekiranya sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan seorang guru mualaf, Choi Yi Shan yang dipaksa membuka tudung yang dipakainya sekiranya ingin terus mengajar. Tidak cukup dengan itu beliau yang merupakan tenaga pengajar di SJKC Nan Ya, Johor itu turut diancam sekiranya beliau enggan mematuhi arahan tersebut.

Terbaru, masyarakat dikejutkan pula dengan insiden yang berlaku terhadap penyanyi wanita, Marinatasha Isnariah Mustapar, 33 yang dihina dan dihalang dari meneruskan persembahan oleh salah seorang pengarah berketurunan Cina di syarikat Castmet Sdn Bhd.

Hanya disebabkan beliau memakai hijab, pengarah yang dikenali sebagai Shannon Yong itu telah memarahi dan mengarahkannya untuk turun dari pentas sekiranya enggan membuka tudung ketika melakukan persembahan. Menurut Marina beliau merasa sungguh kecewa dan terhina dengan tindakan melampau itu.

“Sebelum turun, saya terpaksa mengemaskan buku-buku lirik di hadapan hampir seratus orang tetamu. Mungkin anda semua dapat bayangkan perasaan saya pada ketika itu.

“Saya merasa amat terhina. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku, (tambahan) pula kita berada di Malaysia. Saya merasa amat malu di hadapan para tetamu yang hadir,” luahnya dengan perasaan sedih.

Menurut Marina, sebelum ini perkara itu langsung tidak dibangkitkan oleh wakil syarikat tersebut yang turut hadir ketika sesi rehearsal (latihan)  dijalankan.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil Castment turut hadir bersama, mereka langsung tidak membangkitkan sebarang isu mengenai tudung yang saya pakai. Hanya ketika majlis berlansung, Shannon membangkitkan isu tersebut dengan alasan ia tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat tersebut, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang akhirnya telah menyebabkannya dimarahi oleh Shannon.

Persoalannya mengapa baru sekarang, isu wanita bertudung ini dilihat sebagai masalah? Sedangkan selain merupakan tuntutan di dalam Islam, ia juga merupakan hak asasi manusia yang dijamin di dalam perlembagaan negara.

Mungkin ada yang merasakan, perkara ini adalah merupakan isu terpencil. Namun seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, ia bukanlah kali pertama. isu yang melibatkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.

Contohnya media arus perdana sebelum ini pernah melaporkan mengenai sesetengah syarikat di ibu negara yang enggan mengambil wanita bertudung bekerja. Malah dalam beberapa kes, selain membuka tudung mereka turut diarahkan untuk memakai skirt.

Tambah menghairankan ialah, NGO-NGO yang pro pembangkang hanya mampu menjadi syaitan bisu. Di manakah Suaram, yang kononnya selama ini memperjuangkan kebebasan dan hak asasi manusia. Di manakah Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah yang sebelum ini lantang memperjuangkan hak kebebasan beragama? Di manakah parti Pas, yang sebelum ini mengatakan ingin memperjuangkan Islam?

Langsung tidak kedengaran mereka mempertahankan isu ini atau setidak-tidaknya membuat kenyataan membantah bagi membela penindasan terhadap wanita yang memakai tudung. Sedangkan sekiranya ia melibatkan isu masyarakat bukan Islam, tidak cukup dengan bantahan, malah beberapa perhimpunan dan demonstrasi jalanan turut diadakan.

Lihat sahaja bagaimana pembangkang memperjuangkan isu yang melibatkan Teoh Beng Hock. Kononnya atas nama perjuangan dan hak kebebasan asasi, mereka sanggup melakukan apa sahaja, waima hadir untuk tunduk bagi memberikan penghormatan terakhir.

Bukan sekadar itu sahaja, ada di kalangan mereka yang sanggup menjadikan tarikh kematian Beng Hock sebagai acara tahunan dengan hadir sambil membakar lilin dan sebagainya. Persoalannya ialah, apakah ia dilakukan semata-mata untuk menuntut pembelaan atau hanya sekadar lakonan untuk meraih simpati dan undi masyarakat bukan Islam?

Wednesday, January 22, 2014

Memahami Isu VISA Jepun Yang Anwar Ibrahim Tak Faham... Such An Idiot!


Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)

Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.

(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).

(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.

(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.

**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga. 

Monday, January 20, 2014

ESKLUSIF: Video Penerbangan Anwar Ibrahim Kuala Lumpur - Jepun,- Kuala Lumpur!!! SEBARKAN!!!



Sekarang barulah GT jelas dan faham...

Terima kasih pembikin ini video...

Muahahahaha...

Hadi Awang Kritis Soal Negara Orang, Tetapi Menikus Di Parti Sendiri


Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi ‘alat’ kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.

Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding ‘bangkai’ gajah yang berada di depan mata.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu, ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.

“Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah. Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa,” katanya.

Betul, dari satu sudut kita menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu. Ini kerana apabila dinilai dan diteliti, banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.

Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah, mengapa Hadi hanya mampu melihat, menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu? Sedangkan sekiranya dikaji semula, isu tersebut turut berlaku di dalam Pas, apabila parti itu mengambil pendekatan ‘tahalul siyasi’ untuk bersama DAP dan PKR. Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.

Ini kerana, sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan ‘Pakatan Rakyat’, ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang ‘ultra kiasu’ dan PKR dengan pendekatan ‘liberal’ telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.

Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin ‘hilang taring’ sejak berada di dalam pakatan. Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu, perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.

Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu, menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya. Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.

Paling memeranjatkan, apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno, kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. Sedangkan apabila diteliti ‘ahli-ahli agama’parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.

Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah. Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.

Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.

Jadi ada baiknya, Hadi selaku Presiden melihat, mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

Harga Kereta Turun 20% - 30% Menjelang 2018... Amiiiiinnnnn...


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018.  Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara, sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. 

Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.   Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN, memohon rebat cukai. 

Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.  Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 

Seperti yang dijangka, langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang ‘perasan’ bahawa  kerajaan telah menciplak idea mereka. 

Namun, tidak seperti saranan pembangkang, langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional. 

Oleh yang demikian, kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak ‘mengganggu’ pasaran kereta nasional.    

Jelas, kerajaan cukup berhati-hati  dengan mengambil tindakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai. 

Apa yang pasti, tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang, tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat. 

Jepun Perketat Kawalan... Senarai Barang Larangan Dibawa Masuk Telah Dikeluarkan! Muahahahaha...




Isu Kangkong: Siapa Yang Cuba Dilindungi???


Pasaran penawaran di negara ini diboloti oleh satu pihak sahaja. Apa-apa sahaja barangan yang dipasarkan, hanya golongan mereka sahaja yang boleh hidup, manakala seandainya ada campurtangan daripada pihak Kerajaan terutama sekali apabila memberi modal, mendidik dan menggalakkan Melayu-Bumiputera menceburi bidang tersebut, golongan yang sudah lama memonopoli pasaran kepenggunaan, akan segera bertindak, baik dengan cara kasar, mahupun dengan cara halus.

Perdana Menteri dalam ucapannya ketika merasmikan Program Pemberian Bantuan kepada Mangsa-Mangsa Banjir Peringkat Negeri Terengganu oleh UMNO Pusat, telah menyebut tentang KANGKONG yang mengalami penurunan harga tetapi tidak langsung disebut dan penurunan itu juga tidak mendapat perhatian daripada para penyokong Pakatan Rakyat.

Hari ini, dunia maya bersepah-sepah dengan bahan ejekan yang dibuat khusus dan secara kreatif oleh para penyokong Pakatan Rakyat untuk mengejek KANGKONG dan perbandingan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

Bagi mereka yang pernah hidup pada zaman inflasi dan kemelesetan ekonomi, kangkung meninggalkan nostalgia dan sentimen mendalam kepada mereka. Ini adalah kerana, ramai daripada mereka, terutama yang tinggal di perkampungan-perkampungan setinggan sekitar Bandaraya Kuala Lumpur, sanggup mengambil kangkong-kangkong longkang yang tumbuh meliar untuk dimasak dan menggantikan nasi yang berasnya tidak mampu dibeli.

Perkara pokok yang menjadi isu ialah KENAIKAN HARGA. Sudah berkali-kali diterangkan bahawa harga komoditi dan servis di Malaysia tidak tertakluk kepada kuasa kerajaan sebaliknya tertakluk kepada teori harga, penawaran dan permintaan. Malangnya, para pecacai Pakatan Rakyat yang sudah buta perut, gagal dalam subjek Ekonomi sewaktu di bangku persekolahan tetap cuba merealisasikan teori karut mereka iaitu KERAJAAN SEBENARNYA YANG MENAIKKAN HARGA, bukan kuasa pasaran.

Mereka juga gagal menerima hakikat bahawa Malaysia merupakan sebahagian daripada sistem perdagangan dunia yang membabitkan kesemua negara di planet ini. Mereka sentiasa melihat dan menganggap Malaysia sebagai sebuah kawasan yang tidak mempunyai perdagangan luar, tidak mengeksport atau mengimport, tidak melakukan pertukaran barter atau tidak menjadi hub atau feedlot.

Dan lebih aneh lagi ialah apabila mereka berjaya pula meyakinkan ramai rakyat Malaysia bahawa semua barangan yang dikehendaki, tidak perlu diperolehi dari luar, sebaliknya tertanam di tanah Malaysia.

Tidak ada satu negara pun di dunia ini, sekarang ini mengalami penurunan harga, baik barangan, komoditi, makanan mahupun perkhidmatan. Walaupun beberapa negara seperti Greece dan Sepanyol memberikan subsidi yang besar kepada rakyat dalam usaha mempopularkan kerajaan yang memerintah, apa yang berlaku selepas itu ialah, kedua-dua negara tersebut berada di ambang kemusnahan dengan peluang pekerjaan hampir ke paras 0%. Kedua-dua negara itu kini hidup dalam keadaan muflis dan rakyatnya yang suatu ketika dahulu berbangga kerana negara mereka banyak memberikan subsidi, kini terumbang-ambing dan terpaksa mengharapkan belas ehsan daripada pihak luar.

Kangkung turun harga dan ianya memang berita benar. Siapa sebenarnya yang mengalami kerugian atau pengurangan keuntungan daripada penurunan harga kangkung? Apa yang perlu dilakukan untuk menaikkan semula kadar harga kangkung yang sudah turun itu?

Kangkung tiba-tiba menjadi peluru terbaik oleh para pecacai Pakatan Rakyat untuk menghentam Najib Abdul Razak dan UMNO sekaligus menutup ruang-ruang kritikan, cemuhan atau kebencian terhadap perbuatan Pakatan Rakyat dalam menaikkan sentimen permusuhan di kalangan rakyat negara ini menerusi polemik KALIMAH ALLAH, Bible Berbahasa Melayu, mahupun tindakan JAIS menyerbu premis The Bible Society of Malaysia yang sebenarnya sudah terkantoi besar bagi tujuan politik di Sarawak. Pakatan Rakyat dan jentera-jentera propaganda mereka gagal menjawab isu kereta mewah yang dikaitkan dengan Lim Guan Eng.

Justeru, apabila Najib Abdul Razak menyatakan tentang kangkung turun harga, inilah masanya untuk mereka mengalihkan perhatian. Isu kangkung telah digunakan dengan seluas-luasnya. Ramai yang terikut-ikut dengan permainan ini sehingga lupa apa sebenarnya yang sedang berlaku, terutama sekali kegiatan DAP di Selangor yang sedang giat merampas tanah-tanah yang telah dicabut status TOLnya dan menempatkan pelbagai premis entiti untuk masyarakat marhein.

Lebih menarik lagi ialah apabila para pecacai Pakatan Rakyat tidak langsung menghiraukan faktor penurunan dan kenaikan harga seperti yang dinyatakan oleh Najib Abdul Razak dalam ucapannya di Kemaman, sebaliknya melawak-lawakkan Kangkung yang bagi mereka merupakan makanan hina yang tidak penting.

Ada dua perkara yang boleh dirumuskan dalam isu KANGKUNG ini iaitu; pertama, Pakatan Rakyat terlalu terdesak sehingga perlu memutarbelitkan isu sebenar dan dalam isu KANGKUNG, mereka telah berjaya melakukannya; kedua, para pecacai Pakatan Rakyat memang dari jenis yang telah ditololkan dan langsung tidak faham teori serta konsep ekonomi, termasuklah ekonomi Islam yang turut membenarkan pasaran menguasai permintaan dan harga.

Disebabkan itulah, mereka tidak malu-malu untuk menjadikan KANGKUNG sebagai isu untuk membalun UMNO dan Najib Abdul Razak sekaligus membantu para pemborong yang membekalkan kangkung ke pasaran untuk menaikkan harga komoditi tersebut.

Justeru, maafkanlah mereka kerana kejahilan mereka yang sangat diperlukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya yang berjenama LGBT seperti Anwar Ibrahim mahupun yang berfahaman Islam songsang seperti pak-pak lebai PAS.

Sumber: MyKMU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...