Bersempena dengan Ramadhan, TS Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini harus bersyukur dengan keamanan yang ada sehingga ibadah berpuasa dapat dilaksanakan dengan tenang.
Beliau juga menyarankan umat Islam agar mempertingkatkan ibadah di bulan yang mulia ini.
Kenyataan yang jelas bahawa syiar Islam berkembang pesat di Malaysia. Itupun masih ada suara-suara sumbang yang asyik mempertikaikan Islam di negara ini. Lebih malang, terdapat gerakan yang mahu menghuru-harakan negara yang ditunjangi oleh orang Islam sendiri.
Sibuk menjadikan huru-hara di timur tengah sebagai kiblat politik mereka, seolah-olah Islam ditindas dan syiarnya dihalang oleh kerajaan. Mgkin mereka ini tidak tahu keadaan sebenar di timur tengah itu yang pincang terutamanya dari sudut ekonomi. Nak makan pun susah, padanlah rakyat marah!
Walhal, di Malaysia, segalanya makmur, nak cari makan, insyaallah, mudah. Kalau tidak, masakan ramai pemimpin PAS yang boleh hidup dengan berceramah ke sana ke sini. Masyuk tuuuu...
Seperkara yang menarik, TPM juga menyentuh tentang kewajiban menjaga anak yatim. Perlu diingatkan, anak yatim adalah tanggungjawab masyarakat. Dan Allah telah mengamanahkan mereka kepada kita.
Tiba-tiba GT teringat dengan demand sesetengah pihak yang mahukan duit zakat. Lebih mendukacitanya, terdapat pula pertubuhan yang mahukan wang zakat diberikan kepada yang bukan Islam. GT berbicara tentang IFC, pertubuhan harami beraltarkan yahudi.
Siapa kepalanya? Ambiga, yang disokong oleh puak-puak PAS! Anak yatim adalah asnaf; yang layak menerima wang zakat. Dan dalam Islam, anak yatim tidak boleh dinafikan haknya. Bukan atas dasar kasihan, tetapi atas dasar tanggungjawab.
Dan kenapa GT soalkan tentang anak yatim? Sebab GT pun dahulu tergolong dalam golongan ini. Hidup penuh kesukaran beb. Kerajaan banyak membantu. Dan jasa nya tetap GT kenang sehingga ke hari ini.
Sebab itu badan-badan yang pernah berbakti kepada keluarga GT seperti Yayasan Selangor, JAIS dan JKM tetap di hati. Bro, BN dah lama laksanakan kerajaan kebajikan lah... Cuma mereka yang penuh tahi syaitan di hatinya menafikan perkara ini.
Yayasan Selangor menuju kehancuran, dan GT cukup sedih tentang ini. Andai ada pula yang tidak berhak tetapi mahukan wang zakat;
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!