Bersama Berjuang

Wednesday, September 21, 2011

TS Muhyiddin Yassin Sedia Gempur Pesuruhjaya PAS Selangor !!!


TS Muhyiddin Yassin akan membuat lawatan ke DUN Meru pada 23 September 2011 (Jumaat) jam 5 petang.  

Sehubungan dengan itu, satu Jamuan Aidilfitri 1 Malaysia akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru, sekaligus sebagai acara penutupan program sempena lawatan BNBBC ke Selangor yang bermula hari ini.  

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir.  

GT mendapat maklumat dari rakan-rakan dari Meru yang berharap ada BERITA BAIK dapat disampaikan oleh TPM kepada warga Meru berikutan status SMK Meru sebagai sekolah yang mempunyai kepadatan pelajar tertinggi di Malaysia!  

Ini bermakna keselesaan pelajar sewaktu sesi persekolahan mungkin terjejas.

Dan sebagai blogger jalanan, dari rakyat untuk rakyat, kepada anda atau sesiapa yang mempunyai akses kepada pejabat TPM atau TPM secara peribadi, sampaikan berita ini kepada beliau demi DENYUT NADI RAKYAT!!!

Kalau diambil kira dari kes menurunkan kain rentang pro kerajaan di Meru sedikit masa dulu, yang pernah GT siarkan, GT tidak akan terkejut sekiranya majlis ini juga bakal disabotaj oleh pihak tertentu!  

Kepada Pemuda UMNO, dan Pemuda BN, bersiapsiaga!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...