Bersama Berjuang

Saturday, April 14, 2012

Foto & Laporan Penuh Program Sejarah & Perjuangan Bangsa Melayu Oleh PERKASA!






Penyerahan Sijil Ahli Dan Penghargaan Kepada Warga Emas

Barisan Jentera PERKASA Klang 

Program anjuran PERKASA Daerah Klang ini telah diadakan di dalam DUN Meru, dalam misi PERKASA untuk mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.  

Coraknya, secara ilmiah, dengan menampilkan seorang tokoh iaitu Datin Paduka Dato' Dr. Prof Ramlah Adam, seorang intelek yang tidak perlu kita pertikaikan akan pengetahuan sejarahnya.  

Penyampaian lengkap berfakta jelas membuka mata ramai hadirin, akan bahaya ancaman kepada kedaulatan negara.   Pendekatan santai, yang kadang-kala diselitkan kisah lama seperti watak Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun menjelaskan bahawa sejarah Melayu itu sudah berkurun tertulis lamanya.  

Sang Sapurba & Demang Lebar Daun, agak-agak berapa ramai antara kita yang pernah dengar nama-nama itu? 

Kemuncak acara ini tentulah ucapan dari Presiden PERKASA, Tok Him.  GT malas nak ulas panjang-panjang, sebab semua orang tahu cara penyampaian Tok Him yang keras dan padat.  Tok Him juga berpesan kepada seluruh hadirin, akan siapa musuh Islam, Melayu dan Negara ini.  

Betapa keras dan lantangnya suara Tok Him, GT difahamkan telah menyebabkan "orang kuat" Dr. Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Selangor merangkap ADUN Meru, menelefon Penyelaras PERKASA Meru gara-gara "telinga berdarah" mendengar ucapan dari Tok Him, walaupun "orang kuat" ini tiada di majlis anjuran PERKASA itu.

Apasal? Panas telinga ke mendengar hujah Tok Him melalui corong pembesar suara? Hehehehe... Itulah penangan Tok Him.  

Pujian harus diberikan kepada PERKASA, yang berjaya membawa kira-kira 100 orang anak muda, lingkungan umur 16 - 20 tahun untuk hadir bersama-sama untuk mengetahui akan sejarah dan perjuangan bangsanya.  

Selain itu, penyerahan sijil keahlian kepada warga emas juga dibuat.  Umur sudah menjangkau 80 - 90 tahun, tetapi semangat untuk mempertahankan Islam dan Melayu tetap utuh.  Anda yang muda, kuat dan sihat bagaimana?  

Dan jutaan tahniah serta terima kasih kepada PERKASA Daerah Klang yang dipimpin oleh Sdr Abu Bakar Yahya (ABY) dan barisan jenteranya kerana cukup aktif dalam siri jelajah di daerah itu, dalam misi MEMPERTAHANKAN APA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN.  

Setelah Presiden PERKASA menggegarkan DUN Meru tempoh hari, kini tiba giliran Naib Presiden PERKASA pula menggempur kawasan yang didakwa oleh Hasan Ali diketuai oleh parasit kepada IMR.  

Jom turun, malam ini:


Ada orang fening kefala la weeiiii.............. Muahahahahaha...


No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...