Bersama Berjuang

Monday, July 25, 2011

DAP Bakal Bergoncang Gara-Gara Ahlinya Menyertai PERKASA!!!


MOHAMED Razali Abdul Rahman (kiri) menyerahkan borang untuk menjadi ahli Perkasa kepada Muhammad Zahid Md. Arif (tengah) sambil disaksikan Ahmad Saad (kanan), di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang baru-baru ini tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di sini hari ini memohon maaf secara terbuka kepada orang Melayu kerana pernah menyertai parti itu.

Mohamed Razali, 42, juga melahirkan kekesalan kerana pernah menyertai DAP yang merupakan sebuah parti cauvinis.

Bagi menyedarkan orang Melayu tentang perancangan jahat DAP, beliau hari ini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini.

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya.

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif.

Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad.

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP.

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara.

"Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya.

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu.

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis berkenaan. 
 

GERAKAN TIMUR:
Alhamdulillah, satu lagi bukti bahawa orang Melayu makin sedar akan agenda tersembunyi DAP laknatullah, apatah lagi dengan penyertaan Mohamed Razali yang menggemparkan negara apabila tampil memberi keterangan kepada pihak polis berhubung isu pertemuan pihak gereja dengan DAP.
 
Dan niatnya untuk memberi penjelasan kepada orang Melayu tentang agenda "rahsia" itu sememangnya di nantikan.  GT berharap saudara-saudara kita nun di sebelah sana mahu buka mata, buka minda dan nilailah sendiri dari bekas "orang dalam" DAP ini.  
 
DAP cuba menukar perlembagaan, PERKASA hanya MEMPERTAHANKAN perlembagaan.

Allahuakbar!!!

1 comment:

  1. Salam.

    Syabas dan tahniah Saudara Razali.

    Lepas ini diharapkan ramai lagi orang Melayu Islam yang "tersilap langkah" keluar beramai-ramai parti cauvanis tersebut.

    Semoga kesedaran dan keinsafan Saudara Razali akan menjadi pencetus kepada perpaduan Melayu beragama Islam.

    Sudah jelas siapa musuh kita yang sebenar.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...