Bersama Berjuang

Tuesday, March 20, 2012

PERKASA Klang Bikin Pesuruhjaya PAS Selangor Pening Kepala!!!


GT memantau perkembangan PERKASA Klang, antara daerah yang cukup aktif menggerakkan jenteranya bagi memastikan perjuangan Agama Bangsa dan Negara terus menjadi kiblat perjuangan umat Islam dan Melayu di bumi bertuah ini.

Rata-rata, nama PERKASA Klang yang dipimpin oleh Sdr Abu Bakar Yahya (ABY) menganjurkan ceramah pada setiap bulan menjadi bualan ramai. 


Untuk bulan Mac sahaja, sudah ada 2 program ceramah di DUN Meru yang mereka, samada sertai atau bertindak sebagai penggerak.  Itu belum dikira program penerangan di kawasan DUN Sementa, DUN Jeram, DUN Selat Kelang dan beberapa kawasan lagi di Selangor.

Pada pemerhatian GT, kawasan yang PERKASA Klang sasarkan bagi program ceramah mereka majoritinya Islam dan Melayu.

Walaupun bertindak sebagai NGO dan bukan parti politik, gerakan PERKASA ini telah membuatkan Pesuruhjaya PAS Selangor tak senang duduk.  

Nama-nama seperti YB Datuk Zul Noordin, Ust Roslan Kassim dan Prof Ramlah Adam sering membicarakan betapa umat Islam dan Melayu harus menolak Pakatan atas sebab-sebab Islam, Melayu dan Institusi Raja-Raja Melayu yang tergugat, gara-gara kiblat perjuangan Pakatan yang sangat liberal, selain masalah moral pemimpin-pemimpin mereka.  

Pastinya Pesurujaya PAS Selangor kepanasan dengan gerakan ini.  Hasan Ali dengan gerakannya, PERKASA dengan gerakannya, matlamatnya satu, menghumbankan PARASIT kepada Agama, Bangsa dan Negara dari lanskap politik negara.

Jutaan tahniah kepada jentera PERKASA Klang, dan PERKASA Selangor yang tidak pernah jemu untuk terus berjuang memastikan status quo yang tercatat pada Perlembagaan Negara terpatri rapi!  

Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...