Bersama Berjuang

Monday, April 16, 2012

Foto2 Zul Noordin Label Pesuruhjaya PAS Selangor GILA!





Mengikut seorang sahabat, lokasi ceramah kali ini adalah kawasan hitam, yang mana rata-rata kejiranannya adalah golongan hijau berkahak pekat!  

Bagi GT, pemilihan YB Dato Zul Noordin untuk menggempur lokasi seperti ini.  Bagai naik syeh, performance Zul Noordin malam semalam berada di gred A+.  

Topiknya agak berbeza dari apa yang beliau utarakan di ceramahnya sebelum ini, di mana 2 jam yang diperuntukkan tidak dapat menyentuh langsung isu liwat Anwar Ibrahim.  

Kalaulah YB Dr. Rani Osman ada malam itu, maka ibarat dipanah petirkan gegendang telinganya, lantaran cabaran demi cabaran yang dilontarkan oleh YB Dato Zul Noordin kepada YB Meru itu.  Bak kata YB Dato Zul Noordin, YB Meru tu GILA! Muahahahaha...

Jurus tempur malam tadi berkisar tentang isu akidah, bagaimana PAS telah jauuuuuuuh tersimpang dari matlamat asal perjuangannya.  Ia sangat serius, kerana berkait rapat dengan "syahid"nya Ibrahim Libya.  Juga, bagaimana Ambiga yang difatwakan musuh nombor wahid, harbi laknatullah dan wajib diperangi, telah berjaya mengadakan hubungan "terlarang luar tabiee" terhadap ostat-ostat dan ularmak-ularmak PAS.  

Dalam masa 2 jam, beza perjuangan yang dibawa oleh YB Zul sewaktu dalam PAS sangat berbeza dengan apa yang berlaku sekarang ini.  Malah, GT buat kesimpulan, YB Meru bukanlah level atau standard YB Kulim Bandar Baharu.  

Bagai langit dengan bumi, padanlah PAS Selangor hancur berderai dikerjakan DAP.  Pemimpinnya lebih utamakan undi bukan Melayu demi kuasa, dari mempertahankan aqidah Islam.  

Bak kata YB Zul, kalau nama tuhan orang Islam pun boleh dijual, apatah lagi hak orang Islam dan Melayu.  Habis "disundalkan" demi menuju Putrajaya.  Bak sindiran YB Dato Dr. Hasan Ali, zikir terbaru penganut PAS... 

Dahulu:  Subhanallah.. Subhanallah... Subhanallah... 

Sekarang:  Putrajaya... Putrajaya... Putrajaya... 

Sesat lagi menyesatkan!  Nauzubillahinimzalik!

Tunggu video dari Gerakan Timur... errrr.. korang tau tak free software yang mantap untuk edit video apa namanya? hehehe... baru belajar bro.. pakai window movie maker je..

Tunggu video panas itu nanti... ada sesuatu yang lebih dari itu...

2 comments:

  1. zikir zul katak sekarang...duit, duit dimana kau duit...

    ReplyDelete
  2. tak leh tahan dgn...

    putrajaya...putrajaya...putrajaya...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...