Bersama Berjuang

Monday, May 14, 2012

HUDUD: Bukti Hadi Awang Cakap Ikut Nafsu, Bukan Ilmu. Melantun-Lantun...



Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS sebenarnya tidak pernah dititikberatkan dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.  Selama ini, apakah mereka tidak menyedari perkara ini?  

Waima setelah penubuhan jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud sehingga ke hari ini.

Gara-gara Hudud ini jugalah, UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.  Dan larisnya hudud ini dijual kepada Umat Islam, selaris kalimah Allah dijual kepada bukan Islam.

Jangan kita lupa bahawa Hadi Awang adalah individu yang menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, tiada satu pun persediaan yang dibuat oleh PAS bagi tujuan hudud ini. 

Dan kini Hadi Awang dan PAS berkokok kembali, persis perangai lama hanya kerana PRU yang semakin hampir, berkokoklah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  - perkara yang mereka samada tidak pernah terfikir selama ini, atau mereka sememangnya jahil, seperti mana sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian.  

Perhatikan apa yang berlaku kepada PAS, kerana satu persatu kejahatan mereka telah dibongkar dengan kuasa Allah.  

Kesimpulannya,  dalam banyak isu, pemimpin PAS cetek akal, tanpa mampu, bukan mahu, tetapi tidak mampu berpandangan jauh.  Segala keputusan dibuat berdasarkan nafsu, maka tersingkirlah ilmu.  

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...