Bersama Berjuang

Monday, October 17, 2011

Aziz Bari Ni Sebenarnya Manusia Jenis Apa???


Prof Dr. Aziz Bari telah melangkaui sempadan pertuturan rakyat.  Selama ini, beliau yang diberi kebebasan untuk berkata-kata walaupun telah beberapa kali mencetuskan kontroversi.  Fahamannya lebih kepada PAS, kerana beliau sememangnya fanatik PAS dan ianya bukanlah rahsia kepada mahasiswa se zamannya sewaktu di UIA dulu.

Beliau acapkali mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berikutan kenyataan-kenyataannya berhubung isu politik masakini.  Dan statusnya sebagai pakar undang-undang menyebabkan pendapatnya berkiblatkan barat, kononnya moden, tanpa mengambil peduli sensitiviti orang Melayu, malah orang Islam sendiri.

Statusnya itu mengakibatkan beliau sukar untuk membezakan antara yang tersurat dan tersirat.

Dan tindakan terbarunya kali ini sangat menjengkelkan ramai.  Titah Tuanku Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama telah dipertikaikan.  Sungguhpun beliau mungkin bercakap atas dasar pengetahuan dan kepakarannya, itu bukanlah segalanya kerana beliau seolah-olah lupa bahawa hal-ehwal Islam di Negeri Selangor adalah tertakluk kepada kuasa Tuanku Sultan Selangor.

Kuasa ini termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.  Agak menghairankan apabila “pakar” sepertinya tidak mengambil peduli undang-undang tubuh kerajaan negeri, yang sekian lama menjadi pegangan, yang membezakan di antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri.  Ini soal yang sudah dimeterai, melainkan apabila bukan Barisan Nasional yang memerintah nanti, siapa tahu mungkin undang-undang ini akan digubal semula, atau dimansuhkan.

Baca seterusnya DISINI.

1 comment:

  1. Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.

    Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.

    Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.

    Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."

    Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...