Bersama Berjuang

Wednesday, June 13, 2012

Trend Popular Pemimpin PAS: "Itu Pendapat Peribadi" - Terpaksalah Tuan Ibrahim Tuan Man Tanggung Sendiri! Muahahahaha..



TUAN Ibrahim Tuan Man bukanlah calang-calang orang. Dia adalah Ketua Penerangan PAS, secara mudahnya, andai PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya.  Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang.  Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan bila diperlukan.

Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain berpakat untuk menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji, sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.

Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim?  Di samping beliau sendiri sebagai Ketua Penerangan, hal yang beliau ucapkan itu pun hal parti, melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Sudah terang lagi bersuluh, pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong oleh sekutunya gara-gara kemarahan umat Islam di Malaysia tidak tertahan lagi, kerana PAS sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti, seolah-olah yang mampu menyelamatkan kita di akhirat adalah PAS, bukan amal ibadat kepada Allah swt.

PAS sebenarnya mahu melihat tindakbalas orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya.  Jika menggunakan Harakah, selain backfire kepada parti itu semula, respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja, bukan khalayak yang lebih ramai.  Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.

Apa yang perlu ditegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS, cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan, maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim.  Seperti biasa, Tuan Ibrahim akan senyap seketika, dan muncul watak lain untuk ambil alih (contoh Idris Ahmad), dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS, maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya?  Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama, dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku, politik suku (Amanat Hadi Awang).

Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat, terutama orang Islam di Malaysia ini.  Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran, berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Almaklum, pembohongan yang diulang-ulang akan menjadi kebenaran, maka pada PAS, mungkin itu tipu sunat!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...