Bersama Berjuang

Tuesday, June 12, 2012

KANTOIII..RM3 Billion Yg Dilarikan Anwar Sudah Dijumpai Di British Virginia Island??? Tangkap!!! Tangkap!!!



PENDEDAHAN eksklusif muka depan  akhbar New Strait Times hari ini (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian penulis untuk mengupas mengenainya.  

Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI).  Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

Penulis tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya  baru penulis faham kenapa nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004.  Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar. 

Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut.  Tapi sekali lagi penulis nak tegaskan disini, penulis tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997.  Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

Berapa besarkah ekonomi BVI ini, penulis tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

BVI, setakat yang penulis tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland.  Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang  dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga.  Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut.  Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan.  Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini.  Wang,  (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money).  Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini.  Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong.  Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya.

Sumber: Beruang Biru & The Pola Bear

1 comment:

  1. fyi bro .... kenapa ramai penyangak pilih BVI,

    The British Virgin Islands is a world-leading international financial centre. The BVI has become the world's premier international corporate domicile with over 600,000 International Business Companies incorporated during the last 20 years. The jurisdiction has no capital gains or estate taxes and no exchange controls.
    The BVI is an Overseas Territory of the United Kingdom and is located 60 miles east of Puerto Rico. The country is renowned for the natural scenic beauty of its 40 tropical islands and also boasts low unemployment and a strong economy fuelled by tourism and a burgeoning finance sector.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...