Khabarnya, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan sudah membuat laporan kepada SPRM perihal percubaan Lim Guan Eng menyogok Tunku Aziz dengan jawatan bergaji RM50,000 serta peluang makan angin ke luar negara. Khabarnya juga berpeluh-peluh Guan Eng cuba menepis isu ini dan berpencak silat serta berkung-fu sakan pencacai-pencacainya cuba menyelamatkan boss mereka.
Mana tidaknya, apabila veteran parti, termasuk Karpal Singh sendiri yang sudah lama makan hati dengan kebiadapan Guan Eng juga tampil menempelak beliau.
Malah bapanya, Lim Kit Siang juga tidak menyebelahi beliau sebaliknya memihak kepada Tunku Aziz dalam hal ini. Memetik kata-kata Tunku Aziz, Guan Eng tidak boleh dipercayai, kurang ajar, biadap dan korup.
Jika Lim Kit Siang lebih pandai mendidik anak, tentu DAP tidak menghadapi masalah sebegini.
Namun, apakan daya, Lim Guan Eng adalah produk rasis, chauvinis tulen yang akar umbinya menjangkau jauh hingga ke Singapura dan negara asal nenek moyangnya. Sifat hormat, tolak ansur, timbang-rasa, belas kasihan, kasih sayang dan ikhlas terutama terhadap bangsa lain tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.
Tidak pasti bagaimana taktik Guan Eng dan DAP untuk keluar dari masalah ini. Tetapi di peringkat awal ini nampak seolah-olah Guan Eng perlu memikul kesalahan ini sendirian.
Bagaimanapun, kita tidak hairan jika keadaan ini bertukar apabila siasatan mula dijalankan oleh SPRM.
Kita yakin, pada waktu itu, Karpal dan Kit Siang juga akan menyanyi lagu yang sama dengan Guan Eng dan menuduh Tunku Aziz menipu. Ini kerana, DAP mengamalkan prinsip parti lebih penting dari kebenaran. Prinsip ini amat berbeza dengan BN yang sanggup mengaku dan mengambil tindakan terhadap pemimpin yang benar-benar bersalah sebagai mendaulatkan integriti.
Dengan SPRM menjadi musuh utama parti yang penuh rasuah ini, kita yakin yang drama mengalihkan isu akan berulang lagi. Jika sebelum ini seorang saksi utama SPRM dalam kes rasuah DAP iaitu Teoh Beng Hock, telah ditemui mati, maka tidak mustahil taktik yang hampir sama juga akan dilakukan untuk mengalih isu dalam kes ini.
Kenapa agaknya DAP sukar sekali mengambil tindakan terhadap pemimpin yang bersalah? Adakah kerana pemimpin yang terlibat selalunya merupakan pemimpin di peringkat paling atas dan bukannya bawahan? Justeru, bagaimana kita mengharapkan pemimpin atasan ini mengambil tindakan terhadap diri mereka atau anak beranak mereka sendiri?
Inilah akibatnya jika parti mengamalkan nepotisme dan kronisme seperti DAP di mana hanya bapa, anak, menantu, rakan baik dan keluarga rakan baik sahaja yang berpeluang memegang jawatan tertinggi.
Apapun yang pasti, pendedahan Tunku Aziz berkenaan budaya rasuah dan kilas tangan DAP bukan perkara baru. Sikap ketidaktelusan DAP juga sudah terlalu biasa kita dengar dan sudah pun dijangka sejak sebelum mereka memerintah mana-mana negeri pun.
Nampaknya, apa yang kita jangka itu bukanlah tidak berasas. Ini terbukti apabila semua pemimipin mereka yang keluar parti memberikan alasan yang sama iaitu tidak lagi boleh menerima sikap kuku-besi, kiasu, samseng dan korup kepemimpin atasan DAP.
Justeru, adalah menjadi satu perkara yang lucu bila DAP terus-terusan melaungkan slogan CAT (Cekap, Amanah dan Telus) sedangkan sifat sebenar mereka sudah lama terserlah luas dan semakin hari semakin jelas dan terang benderang. Nampak benar mereka tidak tahu malu walaupun seluar sudah terlondeh hingga ke lutut.
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!