Bersama Berjuang

Thursday, May 17, 2012

Skrip Terbaru PAS: UMNO Menolak Kerajaan Perpaduan! Alahai PAS.. Sudah-Sudahlah...


PAS, tatkala tersedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO.  Ini adalah perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS berdepan dengan penurunan sokongan.  Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat juga semakin jauh, sesuai dengan status "pariah" PR.

Fokuskan kepada isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang dipetik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO.  Ayat yan dilafazkan penuh berhati-hati, kerana dikhuatiri pepatah "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong" melekat, gara-gara terhegeh-hegeh  untuk muzakarah dengan UMNO, setelah begitu tebal "kekafiran dan kekufuran" di"fatwa"kan kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa ianya “memang semata-mata ditujukan kepada UMNO”? Lihatlah senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa ingin muzakarah dengan PAS?  MIC, MCA, PPP?  Siapa?  Tidak akan ada parti lain, kecuali UMNO.  Abaikan DAP dan PKR kerana mereka berada diluar tajuk atas sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah.  Andaikan berlakunya muzakarah, ia berbentuk secara tidak langsung, dan bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalannya, tidakkah PAS merasa malu dengan meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu sebelum ini, terutamanya sepanjang 4 tahun yang lepas? Di mana maruah Nik Aziz dan PAS?  Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh diterima pakai kerana Hadi sekadar patung berhias yang mana kata-katanya tidak memberi apa-apa makna, zahir dan batin.  Pendirian PAS mesti berlandaskan kata-kata Nik Aziz.

Terjawablah sudah seperkara, mengapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.  Anwar sebenarnya risau muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih terkebelakang tahap relevansinya.  Sudah tentu apabila muzakarah ini diadakan, perbincangannya  terarah mengenai politik dan pembahagian kuasa andai kerjasama wujud.

Anwar tidak mahu ini berlaku.  Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini.  Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia.  Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO.  Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi keuntungan politik yang boleh dicapai dengan kerjasama ini, seandainya ia menjadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu mengimbas kembali penyertaan PAS dalam Barisan Nasional suatu ketika dahulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya.  Sekali lagi, perpaduan bukanlah matlamatnya, tetapi keuntungan politik.

Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang  sekiranya muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada penyertaan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu? 

Apapun, terpulang kepada UMNO untuk perhalusi.  Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.  Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

1 comment:

  1. Semoga umat Islam bersatu

    Hidup UMNO-BN !

    Pelabur Bijak
    https://uinvest.com.ua/?amigosid=15959

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...