Bersama Berjuang

Wednesday, May 16, 2012

Fast & Furious: Siapa Berani Drag Race Dgn GT di HBN2012?



GT cabar, kalau ada di antara anda yang punya kereta power, dan ingat anda raja, baca keterangan dibawah untuk bertemu dengan GT di HBN 2012!!!

SEGMEN
FAST AND FURIOUS.

PROGRAM
KEJOHANAN KBS NATIONAL DRAG RACING CHAMPIONSHIP 2012

PENYELARAS PROJEK
HAZRI NIZAM BIN ZAKARIA

NO. TEL
03-8871 3415/017 322 3334

Kejohanan KBS National Drag Racing Championship adalah adalah perlumbaan secara lurus (Drag Race @ Sprint Test) dengan jarak hanya sejauh 200 meter / 300 meter bermula dari kedudukan pegun 2 buah jentera di lorong masing-masing dari garisan “START” sehingga ke garisan “END”.

Pemenang ditentukan berdasarkan kepantasan masa yang dicatat menggunakan sistem sensor berkomputer, dan jentera yang tiba dahulu di garisan “END”. Kejohanan ini adalah merupakan acara sukan permotoran Drag Racing (Sprint-Test) Peringkat Kebangsaan yang pertama kali dan terbesar diadakan di seluruh pelusuk tanah air menerusi 8 pusingan perlumbaan dengan melibatkan kehadiran dan penyertaan dari pelbagai pasukan belia permotoran kereta dan motosikal bukan sahaja yang terdiri dari pasukan profesional malah juga sehingga ke peringkat akar umbi.

Kejohanan ini merupakan program perlumbaan Drag Racing yang terunggul di Malaysia yang menggunakan sistem “Profesional Portatree Drag Racing Timing” beserta sistem aplikasi software & peralatan canggih sensor yang diiktiraf sepenuhnya oleh diiktiraf oleh badan FIA (Federation Internationale de I’Automobile).

Kejohanan ini juga bertindak sebagai platfom bagi membantu pihak-pihak Penaja dan Kementerian Belia & Sukan dalam mengenal pasti serta melahirkan pasukan-pasukan permotoran yang berpotensi bagi mewakili Malaysia di peringkat yang lebih berprestij iaitu Perlumbaan Asean Drag Racing yang bakal diadakan di Malaysia pada tahun 2013 kelak.

Objektif utama kejohanan ini adalah untuk memperhebatkan lagi kempen ”Katakan Tidak Pada Lumba Haram” kepada ribuan pengunjung khususnya golongan belia pemotoran hingga ke peringkat akar umbi.

Seterusnya menyediakan prasarana trek perlumbaan (Litar Drag Racing) bagi pasukan-pasukan serta peminat sukan Drag Racing di seluruh pelusuk tanah air untuk berlumba dengan kadar yang selamat, kos efektif, profesional serta terkawal dan memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram, penyalahgunaan dadah dan masalah gejala sosial di kalangan belia khususnya remaja.

Kejohanan ini terbahagi kepada 2 kelas utama iaitu Kereta dan Motorsikal yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan setiap pusingan sebanyak RM 25,000.00 beserta trofi dan barangan penajaan.

Kategori Kereta adalah NA<1,600 cc / NA<2,000 cc / KCar<1,000 cc / Vtec Open cc dan 2wd Turbo Open cc. Manakala Kategori Motorsikal pula adalah 4t<125 cc Std Body / 4t<125 cc Open / RXZ/ Panther Std Body / 125Z Std Body dan King Of Drag Bike Open.

Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia boleh turut serta apabila telah lulus tapisan keselamatan dan memenuhi syarat-syarat penyertaan dari pihak penganjur.


GT akan turun dengan Ford Mustang Cobra, 2.0 full modified, Nosh dan Twin-Turbo Inside.  Nak tengok, kereta sapa makan asap... Muahahahaha.. 

Are man enuff to race with me?  Muahahahaha....

1 comment:

  1. keta toyota celica TA22 masuk enjin jz twin turbo 3.0 tak register bleh masuk ka???

    nak cari pengalaman...
    drift dah takut sebab keta terbalik...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...