Kisah cinta tiga segi gila Anwar-Shamsidar-Azmin bukan lagi rahsia.Walaupun bekas rakan baik mereka iaitu Nallakarupan berkata akan mendedahkan lagi kisah mereka, tetapi bagi rakyat Malaysia, kita merasakan yang kita telah mendengar semuanya dan apa yang kita dengar sudah cukup teruk, jijik sehingga sukar untuk dipercayai jika ia tidak beserta dengan bukti-bukti mahkamah.Namun, dari satu segi, kita juga percaya bahawa kerana ia terlalu jijik sehingga sukar dipercayailah maka kita percaya ianya benar, kerana seorang rakan atau ahli keluarga, mahupun seorang asing sekali pun tidak mungkin dapat mereka-reka cerita yang pelik lagi jijik sebegitu terhadap sesiapapun.Cuma, yang kita sangsi hanyalah jika benar ada lagi kisah yang lebih jijik yang belum diceritakan oleh Nallakarupan mengenai ketiga-tiga manusia ‘istimewa’ ini. Maksud penulis, sejauh dan sehina mana lagi ketiga-tiga manusia ini sanggup lakukan?Setelah bertahun-tahun kisah cinta tiga segi gila ini diperkatakan, hanya dalam masa seminggu ini kisah ini kembali hangat iaitu apabila Anwar memfailkan saman terhadap Nalla dalam keadaan terdesak dan terpaksa.Bertambah pelik kisah ini apabila pihak yang bakal disaman, iaitu Nalla dan bukannya pihak yang ingin menyaman iaitu Anwar, yang bertindak menghangatkan lagi soal saman ini dengan membuat sidang akhbar. Nalla dan sekumpulan bekas-bekas ahli dan pemimpin PKR serta rakan-rakan Anwar telah ‘bersatu’ menyatakan kesediaan menerima serangan dari Anwar berikutan pendedahan mereka selama ini.Anwar yang kita kenal amat suka mempesar-besarkan isu terutama isu beliau menyaman musuh-musuhnya. Hairan sekali setelah memfailkan saman terhadap Nalla, beliau tidak pula membuat sidang akhbar, mencabar kesemua mereka dengan lantang sepertimana yang dilakukan oleh Nalla terhadapnya.Nampak benar Anwar begitu keberatan untuk mengundang publisiti dalam isu ini.Lebih menghairankan lagi ialah apabila Anwar masih tidak menyerahkan saman tersebut terhadap Nalla setelah memfailkannya. Ini menyebabkan kes ini tidak boleh dibawa ke mahkamah.Memandangkan Anwar mengambil sikap ‘pasif’ dalam isu menyaman Nalla ini, maka adalah wajib bagi Shamsidar dan Azmin untuk tampil membersihkan nama mereka yang telah tercemar teruk akibat pendedahan Nalla.Sebenarnya, Azmin dan Shamsidar lebih teruk terjejas dari pendedahan Nalla kerana mereka adalah suami isteri yang kedua-duanya sekali dibabitkan dalam skandal seks Anwar Ibrahim. Mereka tidak boleh menganggap pendedahan Nalla ini hanya melibatkan Anwar dan langsung tidak terasa terpukul olehnya.Seharusnya, Shamsidar dan Azmin membuat sidang akhbar untuk mempertahankan diri, membersihkan nama dan meniup gendang perang terhadap Nalla. Kita juga menjangkakan drama air mata Shamsidar sebagai wanita baik yang telah difitnah dengan teruk sekali serta drama kemarahan Azmin membela diri dan membelasah semua orang yang mengaibkan isterinya bagi membuktikan beliau bukan dayus seperti yang disangka.Ini kerana, jika benar ini semua fitnah, ia adalah fitnah yang amat sangat keterlaluan.Adalah mustahil bagi mana-mana pasangan suami isteri di dunia untuk membiarkan sahaja nama dan maruah mereka dan keluarga mereka diaibkan sebegitu rupa jika segalanya fitnah belaka. Bayangkan bagaimana mereka boleh bersemuka dengan anak-anak, rakan-rakan serta guru-guru anak mereka, jiran-jiran dan sanak saudara tanpa menjawab fitnah besar tersebut?Melainkan ianya bukan fitnah maka suami isteri yang terbabit akan mengambil sikap berdiam diri bagi mengelak aib yang lebih besar.Justeru, sikap Shamsidar dan Azmin yang bukan sahaja tidak membela diri tetapi seolah-olah berpura-pura tidak mendengar segala cabaran, ejekan dan jelingan jijik terhadap mereka dengan sendirinya membuktikan bahawa segala apa yang didedahkan oleh Nalla sebagai benar dan tidak ada yang lain melainkan yang benar belaka.Jika tidak, maka samanlah Nalla. Itu saja yang kita minta. Tidak mungkin itu juga sukar untuk dibuat sedangkan parti PKR dipenuhi dengan peguam-peguam tersohor negara.Mungkin wajah ceria dan sugul seperti foto diatas memberikan anda sedikit bayangan tentang siapa yang terkorban nanti.
Bersama Berjuang
Tuesday, April 3, 2012
Cinta 3 Segi Gila - Siapa Bakal Bunuh Diri? Azmin Atau Shamsidar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum,
ReplyDeleteJangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.
Aku rasa Azmin x kisah sedekah bini, asalkan dapat kuasa nanti...
ReplyDeleteFLAT 4 TINGKAT KERINCHI - SIAPA YANG TERTINDAS? Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/