Bersama Berjuang

Monday, November 7, 2011

PANASSS... Demo Anti Seksualiti Merdeka 2011 Di Pekan Meru. Berpuluh Terkorban!!!





edar risalah...




wakil NGO sedang membaca deklarasi

GT dalam perjalanan balik dari rumah saudara.  Tiba-tiba kereta GT ditahan oleh seseorang yang mengedarkan satu risalah.  Deklarasi Menentang Seksualiti Merdeka, katanya.  

Dah mmg sifat blogger.  Asal ada isu dan peluang, takkan nak lepaskan...  So, parking kereta.  pastu, zasssss...  

Difahamkan, NGO ini telah membuat laporan polis berhubung dengan program Seksualiti Merdeka 2011 yang didakwa mempromosikan seks bebas luar tabiee.

Sepatutnya demo ini, penganjur kena ajak sekali ADUN Meru merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor.  Sembang pahala, islam, pahala, syurga... tapi takkan taknak join demo menentang budaya songsang seperti ini? 

Diam ertinya setuju... pergghhh.. takkan Dr. Rani tidak berani bersuara dalam soal ini?  Takkan menikus dengan Ambiga?

Gambar-gambar diatas adalah dari NGO yang menggelarkan diri mereka Gabungan Masyarakat Prihatin Kg Meru.  Tahniah kepada penganjur, lain kali beritahu GT, boleh buat live! 

Berikut adalah deklarasi yang dibacakan oleh wakil NGO ini:

DEKLARASI GABUNGAN MASYARAKAT PRIHATIN KAMPUNG MERU
“SELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM”

Bahawa kami, pada hari ini, 7 hb November 2011 melalui Deklarasi Gabungan Masyarakat Prihatin Kampong Meru bersepakat  dan melahirkan rasa tidak puashati terhadap pihak-pihak tertentu yang mencemarkan keharmonian dan kesucian agama islam  mengambil ketetapan untuk:-

PERTAMA
Menyeru kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan mahkamah bagi menyekat program Seksualiti Merdeka 2011. Ini bertepatan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan, agama Islam adalah agama Persekutuan dan sebarang bentuk program yang boleh mencemar kesuciannya harus dibendung dan dihalang.

KEDUA
Menyeru kepada pihak kerajaan yang memerintah di peringkat pusat mahupun negeri mestilah memastikan bahawa perlembagaan sebagai pedoman yang tertinggi di dalam Negara ini dihormati. Sebarang bentuk pelanggaran termasuk menghina dan mencabar kedudukan Islam hendaklah dihukum berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

KETIGA
Menyeru kepada seluruh pertubuhan politik dan bukan politik khasnya di MERU supaya meletakkan Islam sebagai agenda tertinggi dan utama melebihi kepentingan yang lain serta mengambil sikap yang serius terhadap sebarang usaha untuk mengganggu-gugat kesucian islam.

KEEMPAT
Mengesak pihak kerajaan memberi penerangan secukupnya kepada rakyat kerana  keadaan ini akan menyebabkan rakyat keliru dan sangat marah serta boleh menimbulkan kalau bilau, huru hara dan membawa gejala social yang sangat meruncing di masa akan datang dan ianya juga boleh membawa kepada ancaman keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini Mereka-mereka ini juga lah yang akan merosakkan keamanan, kemakmuran  dan kestabilan politik runtuh untuk agenda tertentu mereka. Mereka mestilah diambil tindakan.

KELIMA
Mengesa dan mendesak pihak berwajib serta keselamatan agar AMBIGA  dan juga NGO-NGO yang menyokong Festival ini  disiasat, didakwa menggunakan undang-undang yang berkaitan kerana mereka bertanggungjawab sepenuhnya dan menyokong penganjuran Seksualiti Merdeka 2011.
KEENAM
Kami masyarakan Prihatin Meru juga mendesak agar pihak kerajaan  menubuhkan Jawatankuasa khas menyiasat salahlaku Majlis Peguam sebagai mana Seksyen 46A (1)(c)(iii) dan (2) iaitu Akta Profesion Guaman yang mana PEGUAM NEGARA mempunyai kuasa untuk bertindak.

Opsss.. Yang berpuluh terkorban itu, adalah lembu sempena ibadah qurban di Aidil Adha ini.  Bukan pendemo.. hehehehe..  


2 comments:

  1. Sdra SDRA Alif Ba Ta melalui GERAKAN TIMUR,
    Izin saya

    MCCCHBT mengajar Orang Islam di mana tempat nya Ibadat sembelih QURBAN !
    Kumpulan bukan Islam sudah melampaui kesemua batas dengan mengeluarkan kenyatan terbaru kerana mencari pasal dan sengeja mencari isu ?
    Saya bantah sekeraskerasnya dan saya amat kurang puas hati terhadap mereka yang menghasut semua orang .
    Saya sekali lagi melihat ini sebagai mencabar amalan ibadah Islam .
    Saya desak mereka menarik balik kenyataan mereka dan saya desak mereka berhenti kegiatan saperti ini.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  2. Nak desak apa lagi kalau dah ada parti yang kononnya berjuang untuk Islam pun menikus dengan DAP. Nak desak apa lagi.

    Sex babas pun disokong oleh Ketua Umum PKR nak desak apa lagi.

    Kalau UMNO mendesak, pantas sekali juak-juak mereka memutarbelitkan kenyataan.

    Mana pergi Tok Guru Ulamak PAS.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...