- Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 untuk Persekutuan berjumlah RM 220 bilion dengan pelbagai janji yang memang sangat menarik. Tidak ada sesiapa yang waras mahu menolak terus bajet Pakatan ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sebahagian kita.
- Antara yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012 Pakatan ialah:
- Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas.
- bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
- Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja;
- RM500 sebulan bagi setiap orang guru
- Sungguhpun tawaran bajet ini tampak sangat menarik, namun ia hanya merupakan tawaran oleh mereka yang tidak berkuasa. Justeru ia boleh menawarkan apa sahaja dan tidak perlu bertanggung jawab terhadap tawaran yang dibuat.
- Memang benar akan ada yang menyokong dan berkata kita berilah mereka kuasa tengok sama ada boleh laksanakan atau tidak.
- Sebenarnya kita tidak perlu pun memberi peluang mereka berkuasa untuk melihat sama ada mereka mampu melaksanakan atau tidak bajet tersebut.
- Janji-janji yang ditawarkan ini hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihan raya 2008 lalu dan masih belum ditunaikan. Antaranya ialah,
KLIK SINI untuk baca seterusnya.
Jangan dok percaya laaa..Anuwar punya budget, mcm telur busuk yg bau dia tak hilang sampai sekarang MANA JANJI PRU 2008 pun tak tertunai walhal sikit baikkkk ke dapat Penang, Selangor yg "kocek penuh" pun tak tertunai nak bagi wang kat warga emas tiap bulan, ibu tunggal, bla bla bla bla..Memang dasar penipu tak tunai janji, Kedah lagi best, duit bagi untuk bina dan selenggara jalan khas buat rakyat, depa songlap buat kot lain, tu laa kalau niat dari awal tak betul, ALLAH Taala pun tak bagi dan restu cara mereka...
ReplyDelete