Tuanku Sultan Selangor telah pun bertitah agar tiada siapa yang ditahan dihadapkan ke mahkamah untuk tujuan dakwaan berhubung dengan isu DUMC. Akan tetapi, Tuanku mahukan agar mereka-mereka yang berkenaan diberikan kaunseling.
GT menjunjung kasih. Daulat Tuanku!!!
Dan Menteri Besar Selangor pula sibuk ingin menjadi hero, dengan tujuan untuk memperkasakan standard operating procedures (SOP) JAIS dalam memantau kegiatan pemurtadan di Selangor.
Fuh.. tiba-tiba pula ingin beralih angin. Perkara baik, jadi GT tidak mahu mempolitikkan usahanya, seandainya dia benar-benar ikhlas, dan bukannya mempersulit SOP JAIS.
Sebenarnya, dalam perkara-perkara seperti ini, adalah lebih baik SOP yang memiliki "semangat ISA" digunakan. Ia harus bersifat "preventive measures".
Dalam sibuk si Khalid kononnya mahu menambahbaikan SOP JAIS demi pengumpulan bukti dan pengukuhan penguatkuasaan, ingin GT bertanya:
BAGAIMANA DENGAN STATUS DREAM CENTER YANG DIDAFTARKAN BUKAN SEBAGAI TEMPAT IBADAH AKA GEREJA?
Bukankah sudah terBUKTI oleh MBPJ bahawa pendaftaran bangunan itu disalahgunakan?
Apa kata Khalid?
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!