Perkembangan terkini ialah YB Azizan telah dimasukkan ke IJN berhubung dengan masalah jantung. Difahamkan YB Azizan mengalami saluran darah ke jantung yang tersumbat dan beliau dipercayai di dalam keadaan yang kritikal.
Sememangnya ia satu yang dinantikan oleh DAP yang bertalu-talu mencuba untuk menggagalkan misi YB Azizan yang mahukan syiar Islam ditegakkan di Kedah, selaras dengan dirinya yang digolongkan sebagai golongan pro ulama.
Walaupun memegang tampuk pemerintahan di Kedah, PAS dibawah Azizan bukanlah berkuasa secara mutlak. Tangan-tangan ghaib kafir harbi laknatullah yang menguasai kepimpinan tertinggi PAS seringkali menyebabkan usaha Ustaz Azizan gagal sama sekali.
Terbaru, tentang larangan pusat hiburan sewaktu bulan Ramadhan yang terpaksa ditarik kembali adalah contoh terbaik betapa DAP selaku minoriti namun punya kuasa yang lebih hebat berbanding PAS. Walaupun bertegas dengan keputusannya dan berkata tiada siapa yang dapat mengubah pendiriannya, Ostat kita terpaksa mengalah. Apatah lagi di negeri yang PAS selaku minoriti, pastinya PAS hanya berstatuskan "PARIAH".
Tekanan yang dihadapi oleh Ustaz Azizan dari DAP bukanlah baru. DAP yang bersekongkol dengan Anwar pastinya mahukan golongan ulama terus mati. Golongan ini dilihat seteru utama yang bisa merobohkan tembok dajjal yang coba dibina. Apatah lagi mereka dilihat lebih condong kefahamannya terhadap ajaran Islam yang murni.
Pastinya DAP akan bersyukur sekiranya golongan ulama kehilangan satu lagi tokoh yang berpengaruh.
Dan pejuang Alif Ba Ta, jangan pernah jemu memberitahu saudara kita nun di sebelah sana, akan ancaman sebenar yang dirancang secara halus oleh DAP.
Nantikan tekanan yang amat dahsyat akan diletakkan di bahu Ustaz Azizan sekiranya beliau sembuh, kerana DAP sedia maklum, mereka yang punya masalah jantung tidak mampu menampung stress yang berlebihan.
Andai berlebihan, anda tahu apa yang bakal terjadi. Bertepuk tanganlah DAP, riang dan sakan!
Bersama-sama kita doakan agar Ustaz Azizan sembuh!
klau dh sihat nti tlg turap jln kasi elok.bkn utk merempit tp utk kegunaaan org awam...jgn marah ye ijan.
ReplyDelete