Nampaknya usaha golongan Erdogan untuk membunuh terus saki baki pengaruh ulama semakin menghampiri kejayaan.
Golongan ulama sememangnya bersetuju dengan idea perpaduan UMNO-PAS, selaras dengan ajaran Islam yang termaktub di dalam kitabullah, Al - Quran.
Ini amat tidak dipersetujui oleh DAP dan Anwar kerana pengaruh mereka akan lenyap berikutan fahaman politik yang berbeza. DAP dan Anwar tidak mengutamakan soal moral. Mereka liberal, pluralisma serta matlamat menghalalkan cara.
PAS sendiri telah diperkuat dengan golongan pro Anwar yang dikenali sebagai Erdogan. Fasa pertama mereka telah berjaya dengan meletakkan proksi-proksi utama Anwar di kepimpinan tertinggi PAS.
Fasa kedua bermula sebaik sahaja selesai muktamar PAS. Langkah pertama ialah dengan penyingkiran Hasan Ali di tampuk pemerintahan PAS Selangor dan yang terbaru, layanan "buruk" yang diterimanya sewaktu majlis pelancaran slogan SelangorKU mungkin membuatkan hati Ustaz Harun Din tersentuh, sekaligus memberi gambaran akan usaha penghapusan etnik ulama di dalam PAS sedang rancak dijalankan.
Ini memberikan tekanan kepada Ustaz Harun Din, yang merupakan simbol ulama paling berpengaruh di dalam parti itu.
Golongan Erdogan tahu tentang keadaan kesihatan Ustaz Harun Din berikutan beliau pernah dikejarkan ke IJN berikutan masalah yang sama.
Teknik "membunuh" yang halus ini persis seolah-olah strategi yang sama diperlakukan oleh DAP terhadap Ustaz Azizan. Apakah ianya sekadar kebetulan, atau satu perancangan khusus dan sulit demi menzahirkan cita-cita Anwar yang tidak boleh bergantung harap kepada panglima cicak mengkarungnya di dalam PKR.
Ustaz Harun Din adalah benteng terakhir golongan ulama. YB Hasan Ali juga tergolong di dalam kumpulan pro ulama. Foto di atas menceritakan segala-galanya. Hasan Ali merupakan yang terawal melawat Ustaz Harun Din. Dan golongan Erdogan tahu tentang pengaruh Ustaz Harun Din di dalam PAS.
Andai ditakdirkan Ustaz Harun Din sudah tiada lagi, pastinya golongan Erdogan akan bersorak riang kerana Erdogan telah menguasai PAS secara TOTAL!
Dan kehadiran mereka pada pengkebumiannya nanti adalah sekadar formaliti, untuk mempolitikkan keadaan. Jangan pernah percaya kepada sebarang kata-kata mereka nanti, kerana itu adalah dusta semata.
Perhatikan apa yang telah berlaku kepada golongan ulama di dalam PAS, apakah golongan Erdogan layak berbicara simpati atau memuji Ustaz Harun Din, walhal ketika Ustaz masih hidup sekarang tidak pula dihormati atau dihargai.
Begitulah celakanya mereka yang beraltarkan Al Sheikh Al Jub!
Doakan agar Ustaz Harun Din sembuh, dan cita-cita melihat umat Islam dan Melayu bersatu menjadi kenyataan. Kalau tidak sewaktu hayatnya, tidak esok, lusa atau suatu masa, pasti ianya akan tercapai.
Sahabat... Jangan pernah putus harapan...
OH START...OHHHH...OOOOOO
ReplyDelete