Bersama Berjuang

Tuesday, August 9, 2011

Pesuruhjaya PAS Selangor Satu Hati Dengan Khalid Gereja Tentang Tindakan Bijak Hasan Ali???


Tatkala semua orang memandang dengan penuh prihatin tentang nasib agama Islam di Selangor, fokus hanya dihalakan kepada Hasan Ali dan seteru utamanya merangkap balaci pecacai teragung DAP iaitu Khalid Gereja.  

DAP seakan membisu, membiarkan balaci-balacinya dari Parti Islam Se Malaysia memainkan peranan.  Bijak, mereka memelihara imej mereka di mata umat Islam, sekalipun semua tahu merekalah petualang dalam agenda menghapuskan agama Islam di bumi bertuah ini. 

GT ingin mendengar juga apa kata Pesuruhjaya PAS Selangor yang menggantikan Hasan Ali.  Sebagai orang no. 1 PAS di Selangor, tentunya rakyat Selangor ingin tahu tentang pendiriannya berhubung isu ini.  

Apakah Pesuruhjaya PAS Selangor akan bersama-sama Hasan Ali dalam menegakkan syiar Islam seperti yang dilaung-laungkan sepanjang hayatnya bergelumang di dalam politik PAS;

atau

Mengekori rapat pendirian sahabat rapatnya, Khalid Gereja sekaligus mengangkat dirinya sebagai pecacai kedua teragung selepas Khalid Gereja?

Pengundinya di Meru harus bertanggungjawab terhadap pendiriannya, kerana mereka yang mengangkat YB Dr. Rani sebagai wakil rakyat mereka yang menyaksikan beliau mendaki hierarki tertinggi PAS di Selangor, sekalipun dengan cara menikam belakang orang paling kanan dalam perjuangan PAS di Selangor, iaitu Hasan Ali.  

Warga Meru, perhatikan wakil rakyat pilihan anda, dan bandingkan dengan kata-katanya tentang perjuangan Islam sebelum ini!

1 comment:

  1. timo kasih GT sebab linkkan. Kito kasi hayun geng2 pakatan bangang ni sampai mampuih.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...