Bersama Berjuang

Friday, August 12, 2011

PANASSS...Warga MBPJ Tidak Bertindak Dalam Isu DUMC? Bergaji Kerana Melindungi Konsiprasi Murtad? Masyaallah...


Mesej diatas adalah SMS yang diterima dari "orang dalam" yang menyertai taklimat untuk proses penyitaan DUMC oleh MBPJ.  

SMS ini mengesahkan wujudnya usaha untuk menyita bangunan berkenaan dari pihak MBPJ sendiri, berikutan salahguna pendaftaran bangunan yang didaftarkan sebagai pusat komuniti, dan bukannya gereja. 

GT telah mempersoalkan keberanian dan kebarangkalian MBPJ bertindak sekiranya ditekan oleh kuasa politik.  Baca DISINI.

Disaat MBPJ mempunyai alasan kukuh untuk bertindak, amat menghairankan apabila kesalahan tersebut terus dibiarkan.  Maklumat untuk bertindak yang diterima juga dinafikan sekeras-kerasnya oleh pihak MBPJ.

Terbukti, MBPJ telah tunduk kepada "tangan ghaib" berikutan penafian yang telah dibuat oleh pihak pengurusan dengan mengatakan mereka tidak tahu mengenai taklimat berkenaan dan tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung.  

Amat mendukacitakan apabila MBPJ yang diberi kuasa untuk bertindak, tidak mampu berbuat demikian.  

Mengapakah perkara ini terjadi?  Siapakah yang cukup berkuasa untuk menghalang kuasa yang ada pada MBPJ?  

Dan yang paling penting, siapakah si durjana-durjana yang cuba dilindungi oleh pihak pengurusan MBPJ?  Mungkin juga bukan niat mereka untuk melindungi, tetapi demi periuk nasi mereka sendiri, terpaksa berdiam diri dan bersifat subahat untuk menampung keluarga...

Murtad adalah masalah ummah selepas kewafatan Nabi Muhammad.  Dan pelbagai usaha dilakukan pada zaman sahabat dan selepas itu...


Di Malaysia, Islam dipelihara mengikut peruntukan undang-undang.  Dan status DUMC yang HARAM melayakkan MBPJ untuk mengambil tindakan.

Sanggupkah mereka berdiam diri dan membiayai kehidupan keluarga dengan duit dari hasil subahat isu pemurtadan ummah ini, walaupun secara tidak langsung? 

Nauzubillahiminzalik!!!

Dan jangan lupa, terus bersama GT untuk membongkar, siapakah kuasa politik yang dimaksudkan.  Kita korek, kita dedah, kita gempur...

Kepada warga MBPJ, email GT terbuka untuk anda hantar sebarang maklumat, yang penting, si durjana penyebab anda dibonekakan dapat didedahkan!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...