Bersama Berjuang

Wednesday, August 3, 2011

PANASSS... Tuduhan Rogol Di Unisel, Orang Lain Pula Yang Letak Jawatan!!!


Di atas adalah gempar terbaru yang berlaku di Selangor.  Naib Cansellornya, Dr. Rosti bertindak meletakkan jawatan gara-gara enggan terbabit di dalam politik pihak tertentu yang memaksanya memecat 3 orang staff universiti berkenaan.  

Tahniah kepada beliau yang sanggup mengambil risiko bersendirian, kerana professionalisma sebagai pengajar dan orang yang bertanggungjawab kepada pendidikan anak muda di Selangor.

Apakah 3 pegawai universiti tersebut "layak" untuk dipecat?  Andai under performance, atau masalah disiplin, pastinya Dr. Rosti selaku big bos akan membuat sesuatu yang wajar seperti, penyiasatan atau domestic inquiry sebelum menjatuhkan sebarang hukuman.

Tetapi itu tidak berlaku.  Arahan sekadar memecat mereka, tanpa mengikut prosedur yang betul.  Satu gambaran jelas tentang "pihak" berkenaan, yang membuat Unisel seperti bapak diorang yang punya!

Ini membuktikan sikap sesetengah pihak yang menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai medan politik, tempat cari makan kroni-kroni mereka, dan mengenepikan matlamat tujuan penubuhan institusi berkenaan.


Lebih malang, Unisel yang dibawah pentadbiran kerajaan negeri seolah menutup mata ke atas laporan polis yang dibuat oleh salah seorang pelajar berkenaan dakwaan merogol yang membabitkan tenaga pengajar di universiti tersebut.  

Seolah-olah ada imuniti atau kekebalan yang menghalang keadilan untuk pelajar malang berkenaan.

Apakah tindakan yang diambil oleh pihak universiti ke atas dakwaan si pelajar ini?  Apakah Unisel tidak membuat sebarang reference check terhadap tenaga pengajar mereka sebelum diterima mengajar di universiti terbabit? 

Bukankah ia boleh mengundang risiko kepada pelajar-pelajarnya???

Apa sudah jadi dengan Unisel?

Selangor menangis...

3 comments:

  1. nanti akan keluar Fucktwa Ularmak yang menghalalkan perbuatan rogol tadi "4 saksi?"

    Inilah pentadbiran yang ADIL dan TELU(r)S

    Semoga Allah memberikan petunjuk kepada kita dan melaknati mereka yang zalim. Amin

    ReplyDelete
  2. Kedua-dua perkara adalah berbeza, satu letak jawatan di Unisel dan satu lagi report di UPM. Tak ada kaitan.

    ReplyDelete
  3. bukan sebab berbeza ataupun tak tapi yang penting rekod akhlak dah ada..layak ker nak duduk position skg

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...