Bersama Berjuang

Monday, August 1, 2011

PANASSS... Gara-Gara Serangan Terbaru PAS, Anwar Naik Angin!!! Azmin Bersiap Sedia!!!


KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai telah memberi mandat sepenuhnya kepada Azmin Ali, bagi menggagalkan usaha pemimpin tertentu dalam Pas untuk membawa Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam pakatan pembangkang, bagi mengambil alih kedudukannya selaku Ketua Pembangkang.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, tindakan itu diambil kerana Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut dikatakan berang dengan tindakan 'tikam belakang' yang dilakukan oleh barisan pucuk pimpinan Pas, ketika beliau begitu mengharapkan sokongan daripada rakan dalam pembangkang.

Menurut Anuar, maklumat terbaru itu disampaikan sendiri oleh orang dalam PKR kepadanya dan ia selari dengan pendedahan Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim semalam, bahawa Anwar kini berang serta tersinggung dengan tindakan Pas.

"Saya dapat maklumat bahawa Anwar sudah mengarahkan Azmin supaya menyerang seorang pemimpin kanan Pas yang berasal dari Kelantan, kerana dialah yang menjadi perancang utama di sebalik usaha untuk menabalkan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang jika Anwar dihukum penjara atas kesalahan meliwat.

"Anwar dikatakan kecewa kerana usaha sulit ini tidak ubah seperti perbuatan 'tikam belakang'. Apatah lagi dia sendiri tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai usaha ini sehinggalah pertemuan antara dua pemimpin kanan Pas dengan Tengku Razaleigh terbongkar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Zamil mendakwa dia menerima maklumat daripada pemimpin PKR Selangor yang memberitahu Anwar terkejut, kecil hati serta marah dengan tindakan beberapa pemimpin Pas sehingga Ketua Pembangkang itu mengarahkan orang kepercayaannya untuk menjejaki individu bertanggungjawab.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, Pas berhasrat untuk membawa masuk Tengku Razaleigh ke dalam pakatan kerana mahu mengimbangi semula kekuatan serta pengaruh DAP dan PKR, yang dilihat jauh lebih berkuasa dalam menentukan hala tuju pembangkang berbanding parti itu.

"Pas sedar mereka berada paling bawah dalam hierarki pakatan pembangkang dan ia diburukkan lagi dengan tindakan Anwar yang lebih memberi muka kepada DAP. Jadi, jika Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara inilah peluang terbaik bagi Pas untuk kembali menerajui pembangkang melalui Tengku Razaleigh," katanya.

GERAKAN TIMUR:
PAS terus berusaha menyingkirkan Anwar.  Mari kita lihat, samada PAS berjaya mendominasi Pakatan dengan "membunuh" terus pengaruh Anwar apabila di masukkan ke penjara nanti.  

Atau, PAS masih berstatus "PARIAH" di dalam Pakatan.

1 comment:

  1. Kalau Ku Li jadi ketua pembangkang dia nak masuk parti mana?? adooii iii tak logik broo...Ku Li masuk PAS mana mauunyee...nak asuk PKR lagi x boleh...masuk parti KITA mau ke Zaid kompromi???

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...