Bersama Berjuang

Tuesday, July 12, 2011

SELANGOR MENANGIS: Panassss... Khalid Ibrahim Terus Berbohong!!!

SHAH ALAM, 11 Julai – Kerajaan Negeri Selangor di bawah nampaknya mula berputar belit dan “flip flop” apabila menyatakan tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun.


Sebaliknya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.
“Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.
“Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalty pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta.

GERAKAN TIMUR:
Apakah Khalid sudah nyanyuk sehinggakan terlupa bahawasanya dialah yang berjanji di depan Tuanku Sultan Selangor tentang sasaran RM150 juta yang mampu dikutip itu?
Pengumuman itu telah membuatkan BN dituduh mencuri hasil pasir, atau tidak kurang pula yang berkata BN tidak pandai berniaga.  Rakyat juga terkejut tentang perbezaan yang ketara.
Rupanya ia hanyalah pembohongan semata-mata, demi untuk meraih populariti.  Lebih malang, hasil pasir dikaut oleh kroni-kroni Fuckatan melalui penubuhan KSSB.  
Terlalu banyak penyelewangan dan salahguna kuasa yang berlaku di dalam KSSB, demi mengkronikan ekonomi Selangor!
Selangor Menangis..... 

1 comment:

  1. Dah mmg peel dia mcm tu...suka flip flop...kan penasihat dia pun kaki flip flop.....

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...