Bersama Berjuang

Thursday, July 14, 2011

PANASSS... Pendedahan Blog MiM Buat Kastam Menggelupur Macam Suhardi Harami!

GT ucapkan tahniah kepada Blog MiM yang membuat siasatan ala-ala CSI terhadap fitnah pembangkang tentang cincin berlian yang kononnya dibeli oleh DS Rosmah.  



Ternyata, terdapat kesangsian pada data-data di dalam sistem, seperti yang terdapat pada monitor diatas apabila ruangan "address" telah ditukar datanya.   

Hujah dari sudut berbeza yang GT tulis pada isu yang sama semalam DISINI, diakhiri dengan persoalan mungkinkah ini satu sabotaj jabatan kastam kepada Perdana Menteri, setelah kerajaan melancarkan perang habis-habisan terhadap permasalahan rasuah di jabatan terbabit.

Pendedahan blogger MiM semakin menguatkan lagi gerak hati pertama GT terhadap perkara ini.  Bukan menuduh, tetapi segalanya berkemungkinan.  

Malah, The Unspinners pula mendedahkan bahawa tiada jawatan customs operations manager di jabatan kastam.  Kelihatan seolah-olah perancangan yang bagus untuk mengenakan DS Rosmah, tanpa mengaitkan sesiapa pun orang dalam kastam itu sendiri.  

Kalau Suhardi Harami boleh berlakon sebegitu hebat pada perhimpunan haram BeerShit, apatah lagi perkara enteng sebegini.  Hanya melibatkan orang yang ada akses kepada sistem berkenaan dengan komputer samata-mata! 1 to 1 !

Angin lalu memberi perkhabaran jabatan Kastam sedang bergoncang kuat oleh kerana terlibat dalam fitnah ini. Ada yang panas bontot!

Terus gempur Kastam, agar rasuah dapat diminimakan berperingkat-peringkat, seterusnya dihapuskan terus.  Kita tidak mampu mempunyai "penjaga gawang" yang korup, kerana "bola-bola" dari "bookie" yang selalu kowtim dengan pemain, demi keuntungan melalui penipuan.  Pastinya, kita tidak boleh mempunyai "pemain" yang rasuah!  

Sabotaj dari "bookie" dan "pemain" akan merugikan kutipan hasil "pasukan" (negara), dan yang paling berbahaya, musuh-musuh negara samada yang didalam atau di luar negara sedang menunggu masa untuk menjahanamkan akses kepada keselamatan negara.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...