Bersama Berjuang

Friday, July 15, 2011

PANASSS... EMAIL PEMBACA: Pesuruhjaya PAS Selangor Guna Surau Untuk Berpolitik???


GT ucapkan terima kasih kepada pengirim email ini.  

Bacalah:

Salam,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah pada saudara yang berjuang dialam cyber ini bagi membuka mata dan minda para pembaca dan pengikut blog saudara agar tidak terus tertipu dengan adegan atau lakonan yang dimainkan oleh pihak pakatan rakyat.

Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah, sikap seorang pemimpin atau yang kita sebutkan sebagai WAKIL RAKYAT.

Sebagai WAKIL RAKYAT, haruslah bersifat neutral ingin membantu semua lapisan masyarakat yang berada didalam kawasannya tidak mengira Bangsa, Agama, ataupun fahaman POLITIK yang berbeza.

Apa yang saya sampaikan disini adalah teguran untuk tidak mengira seseorang WAKIL RAKYAT  itu dari UMNO, PAS, PKR atau apa jua fahaman politiknya.

Ini kerana sewaktu dalam kempen-kempen pilihanraya, calon-calon yang bertanding akan cuba menemui seluruh masyarakat yang berada didalam kawasannya agar mengundi mereka. Janji-janji untuk membela dan membantu rakyat puas ditaburkan. "Sekiranya saya menang, saya akan......................" macam-macamlah keluar bagi menarik minat rakyat agar mengundi.

Namun, setelah kemenangan dikecapi dan bergelar WAKIL RAKYAT, seharusnya mereka akur dan sedar bila berurusan dengan rakyat tidak kira fahaman politik yang berbeza sepatutnya WAKIL RAKYAT ini bertindak profesional dalam mengurus dan mentadbir sesuatu kawasan tersebut.

Apa yang saya nak kaitkan dengan WAKIL RAKYAT Meru iaitu YB Dr Hj Abd Rani Osman ini adalah, cara dan sikapnya seperti WAKIL PARTI sewaktu berkempen pilihanraya didalam majlis-majlis rakyat. Ini kerana setiap majlis bersama rakyat, ucapan yang disampaikan akan berbaur politik dan kempen. Rakyat di Meru ini sudah muak dan jelak, kerana sebagai WAKIL RAKYAT yang telah terlantik dalam PRU12 yang lalu, rakyat Meru ingin melihat kerja-kerja yang dilakukan untuk kemajuan bersama, bukan hanya untuk PARTI semata-mata.

Ada yang menyuarakan, sejak PAS mengambil alih MERU sekarang ini, program-program masjid akan sentiasa penuh. Sememangnya tidak dinafikan NAMUN semasa pimpinan BN masjid Meru pun adalah sebuah masjid yang aktif dalam penganjuran majlis-majlis ilmu. Apa yang semua dapat lihat senarionya diMeru, semenjak PAS menguasai, seluruh jawatankuasa masjid dan surau-surau telah diambil alih oleh penyokong Pas, ini adalah kerana memudahkan dalam segi pentadbiran agar dapat menguasai seluruh pimpinan masjid dan surau agar memudahkan mereka mengundang penceramah-penceramah yang berlatarbelakangkan politik untuk menyampaikan ceramah ilmu kepada masyarakat. Secara tidak langsung rakyat yang mendengar ceramah, sedikit demi sedikit akan termakan dengan isu yang disampaikan.

Saya ingin berkongsi, pada suatu majlis sambutan ISRA' MIKRAJ yang dijalankan di kariah AL-MUHAJIRRIN, pihak jawatankuasa surau adalah rakan-rakan didalam parti PAS, yang telah menjemput YB Dr Rani untuk menyampaikan ceramah, seperti yang telah saya jangkakan, apa yang disampaikan oleh YB Dr Rani adalah berkisar pada perjuangan Rasulullah SAW yang penuh dengan dugaan dan kepayahan, beliau juga mengulas tentang bukan islam telah membaca dan menggunakan ayat suci AL-Quran pada zaman itu, jadi beliau menegaskan dan bersetuju bahawa penggunaan ayat suci digunakan oleh bukan islam didalam ceramah mereka. YB Dr Rani juga mengulas isu video seks itu hanya fitnah dan saksi-saksi yang ada tidak layak untuk dijadikan saksi. Apa yang saya lihat sewaktu majlis tersebut, dikalangan orang-orang kariah yang didak faham tentang permainan politik hanya termakan cerita yang disampaikan, dan dikalangan penyokong Pas pula dilihat tersenyum sinis melihat penyokong UMNO diganyang didalam majlis ilmu didalam rumah suci ALLAH.

Saya juga ingin berkongsi, pada satu sidang jumaat yang telah lalu, khatib yang ditugaskan di Surau NURUSAADAH Taman Meru 4, telah menyampaikan khutbah tentang kekejaman rejim zionis dan penindasan kepada rakyat palestin dan diakhir kutbah yang disampaikan khatib telah menyeru kepada seluruh sidang jumaat agar menyokong dalam perjuangan memansuhkan ISA dan juga melepaskan semua tahanan ISA tersebut. Disini saya dapat lihat bahawa, PAS di Meru ini telah menjalankan kerja kempen politik di surau dan masjis yang ada.

Saya juga ingin berkongsi, pada suatu petang dimajlis riadah di padang Taman Meru 4, Yb Dr Rani juga telah mengupas isu hak air, manipulasi Syabas dan Umno dalam mengaut keuntungan yang mana saya rasa didalam program rakyat , telah menjemput WAKIL RAKYAT untuk menyampaikan ucapan, seorang WAKIL RAKYAT harus faham tentang keadaan waktu dimana beliau sebagai WAKIL RAKYAT atau WAKIL PARTI....

Kalau seorang pemimpin tidak boleh berlaku adil kepada rakyatnya bagaimana nasib rakyat pada satu hari nanti...???? Anda fikirkan........


Salam Hormat & Terima Kasih

1 comment:

  1. Dr Rani sedang rancak memperkukuh post beliau, lebih2 lg setelah beroleh jwtan PJP S'gor. Dlm ghairah itu beliau lupa utk bersikap professional.

    Namun dlm mempertahan kedaulatan agama Islam - sdgkan Dr Hassan Ali pun terkedu bila Ronnie Liu 'berdehem', aku rasa Dr Rani lagi mau tunduk minta ampun agaknya. Apa dia boleh buat untuk Daulatkan Islam pabila berhadapan dengan singa2 DAP S'gor.

    Adnan Meru. PAS since 1999.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...