Bersama Berjuang

Thursday, June 16, 2011

PANASSS... KAIN RENTANGNYA MENJELASKAN AGENDA TERSEMBUNYI PESURUHJAYA PAS SELANGOR ?


Perhatikan kain rentang di atas dengan wajah Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru, YB Dr. Rani. 

Artikel yg GT tulis semalam DISINI mengundang panggilan telefon dari seorang sahabat yang tinggal di sekitar Meru.

Mengikut sumber, YB Dr. Rani diberitakan sedang melobi agar dapat bertanding di Parlimen Kapar.  Ini bermakna PAS sedang mengatur strategi untuk merebut kerusi parlimen tersebut dari PKR.  Untuk makluman, Parlimen Kapar sekarang diwakili oleh YB Mike dari PKR yang menang pada PRU lepas.

Pada GT, berita ini ada asasnya berikutan laporan dari sebuah portal berita yang melaporkan bahawa Mat Sabun 121 mengarahkan agar PAS bertanding dikawasan bandar yang didiami oleh pelbagai kaum.  


Melalui seorang rakan yang juga bekas orang kuat PKR Selangor, mmg terdapat pertelingkahan menentukan kerusi untuk bertanding di antara PAS dan PKR.  DAP sekadar bertepuk riang...

Jadi, apa kaitannya dengan kain rentang diatas yang "up" martabat wanita? 

PAS Meru cukup yakin untuk mengekalkan kerusi DUN Meru pada PRU akan datang.  Bukan sekadar yakin menang, tetapi menang dengan majoriti yang lebih besar daripada PRU 2008.  

Jadi, apa kaitannya dengan kain rentang diatas? 

Sabau le... nak storytelling le ni...  

PAS dikhabarkan bakal meletakkan calon wanita yang juga seorang doktor bagi menggantikan Dr. Rani seandainya beliau berjaya melobi untuk bertanding di Parlimen Kapar!

Dan jika benar, maka GT menganggap bahawa kain rentang diatas mungkin adalah psywar terbaik untuk strategi "damage control" dan juga "sessi pencucian dosa" terhadap wanita yang difatwakan "diharamkan bertanding" sebelum ini.  Ibarat meludah ke langit, jatuh pula kelepap ketepek di muka sendiri!

Dan pada waktu ianya difatwakan, PAS mengaku berpandukan Islam.  

Dan hari ini PAS tidak mengikut pula apa yang difatwakan.  Jadi, kali ini mereka berpandukan apa pula?

1 comment:

  1. antara kempen nak dpt undi kaum hawa yg lemah,dulu max sabu bela wanita ler smpai kena tangkap khalwat.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...