Pemilihan PAS telah melabuhkan tirainya.
Persoalannya, ke manakah hala tuju PAS dibawah pimpinan Hadi Awang?
Ketika Hadi Awang dikuatkan dengan kehadiran Ustaz Nasha, pergerakan dan kenyataan politik mereka amat terbatas. Ia gara-gara cengkaman oleh Nicky Arjis. Kedua-dua mereka tidak mampu membawa suara yang terbaik untuk Islam dan Melayu. Jangan lupa, mereka adalah "gandingan mantap" seperti yang didakwa oleh ustaz Harun Din.
Kali ini pula, Hadi Awang dikelilingi oleh individu-individu anti perpaduan, yang masing-masing punya ciri-ciri yang diminati oleh ifrit. Caci maki, skandal bersama perempuan, isu politik wang adalah intipati kejahatan yang sedang merantai Hadi Awang.
Bahaya sedang menanti Hadi Awang, kerana "panglima-panglima"nya amat tidak boleh diharap, dan segala arahan pastinya disaring dan ditapis agar selari dengan kehendak "tuan", dan bukannya Presiden. Dengan penguasaan penuh pada peringkat tertinggi kepimpinan, segala yang diputuskan bakal diwar-warkan sebagai "keputusan" parti, sedangkan "tuan" itu tadi yang memberi arahan dan mengawal segala tindak tanduk.
Hadi Awang sekadar patung, yang diletakkan di singgahsana bagi mengelakkan pemberontakan golongan ulamak. Ia sekadar topeng yang digunakan untuk memujuk golongan ulamak.
Hadi Awang sudah berjaya dirantai. Hadi Awang umpama harimau terluka, mahu mengganas tetapi digelangi rantai. Silap-silap haribulan, mati kelaparan pula nanti....
Jadi, dia sekadar menurut....
RUPENYA HADI DH LAMA KENE RANTAI. TU PSL TAKUT NK SEBUT 'PERPADUAN'. MCM FOBIA JEK. SKRG NI 'SEKSA' DIA DH HABIS SBB DIA SANGGUP JILAT KAKI ANUVAJI PANDIKUTTI. WALLY SLIPAU SENYUM SOKMO AND THERE'S NO WAY TURNING BACK! KEHKEHKEH
ReplyDelete