PETALING JAYA, 14 Jun — Satu kumpulan yang dikenali sebagai Anonymous mengancam untuk menggodam laman web kerajaan www.malaysia.gov.my di bawah “Operation Malaysia” awal Khamis ini.
Kumpulan itu menghantar mesej mengatakan bahawa ia akan menggodam pada pukul 3.30 pagi Khamis ini waktu Malaysia (7.30 petang, waktu GMT esok).
Laporan The Star Online pagi ini menyebut ugutan dalam bentuk grafik disiarkan di laman web http://i.imgur.com/PTFWh.png.
Mikko Hypponen, ketua pejabat penyelidikan di F-Secure Corporation, sebuah firma sekuriti perisian yang berpejabat di Helsinki, Finland menghantar mesej mengenainya menerusi Twitter kira-kira 4.42 pagi tadi (waktu Malaysia).
Tiada butiran lain diperoleh ketika ini, kata laporan itu.
Laporan itu menambah, tidak diketahui sebab Anonymous menyasarkan laman web Malaysia.
GERAKAN TIMUR:
Rupanya ada pihak yang mencemburui Malaysia yang sedang berusaha mengoptimumkan teknologi dalam mengurustadbir negara. Kejayaan Multimedia Super Corridor dan wujudnya bandar IT spt Cyberjaya menjadi modal untuk mereka melakukan sabotaj.
Ini adalah style politik Fuckatan. Mereka selalunya cuba untuk mencetuskan panik di kalangan rakyat mahupun kerajaan. Kita dapat lihat dalam isu 16 Sept., rusuhan di negara arab dan apa jua yang melibatkan soal keselamatan negara.
Adakah ini juga satu taktik untuk menimbulkan huru hara? Tidak mustahil kumpulan ini didalangi oleh seseorang yang punya rangkaian antarabangsa, lebih-lebih lagi memegang status sebagai proksi Zionis di Malaysia.
Amerika dan Australia adalah contoh terbaik untuk kita renungkan mengapa "orang luar" ingin campurtangan dalam hal ehwal dalaman negara. Dan anda mungkin masih ingat bagaimana penyangak matawang seperti George Soros memanipulasi ekonomi untuk meranapkan negara kita.
Dan kali ini, laman web kerajaan pula mahu dijadikan mangsa. Siapa dalang di sebalik perkara ini?
SIBER SEKURITI KENE BUAT KEJE O/T NIH BRO!
ReplyDeleteaku rase dorang bukanya nak buat huru hara, tapi nak ''leak'' kepincangan undi.
ReplyDelete