Bersama Berjuang

Wednesday, May 11, 2011

UMNO 65 TAHUN: UMNO PAKSI KEKUATAN ORANG MELAYU


Selama 65 tahun berbakti kepada orang Melayu, UMNO tidak pernah lekang dari pelbagai kisah suka dan duka. 

Berlandaskan Perlembagaan, UMNO telah membina hubungan yang baik dari parti-parti komponen yang mewakili masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.  Penerimaan terhadap konsep ini membuatkan Malaysia muncul sebagai negara membangun paling diberi perhatian berikutan kestabilan politiknya tidak pernah mengundang huru-hara.  

Namun keamanan itu dikejutkan dengan suara Reformasi yang dilaungkan atas penyingkiran seorang pemimpin kanan UMNO, Anwar Ibrahim berikutan salahlaku seksnya.  Pemecatan ini menyebabkan penyokong-penyokongnya membantah, merusuh dan membuat huru hara atas dasar bahawa Anwar telah dianiaya.  Inilah titik permulaan yang bakal menyaksikan hadirnya seorang yang sanggup menggadaikan segalanya yang telah dibina, asalkan berjaya memenuhi cita-citanya menjadi Perdana Menteri.  

Keterbukaannya dalam mencapai cita-citanya melampui norma-norma Perlembagaan, sehinggakan Islam dan Melayu itu diperalatkan, malah digadaikan tanpa rasa bersalah.  Anwar Ibrahim telah membuka satu ruang bagi pihak lain untuk menyerang perkara-perkara yg cukup sensitif pada orang Melayu.  Islam, Melayu, institusi Raja-Raja dan Perlembagaan ditawarkan sebagai galang ganti.  

Dan inilah malapetaka paling besar, yang tidak pernah terfikir bahawasanya akan ada seorang Islam Melayu hilang pegangan agamanya, kemelayuannya, hilang semangat cintakan negara dan hilang segala-galanya.  Hanya nafsu dan serakahnya mengemudi dirinya!

Dan kesempatan ini digunakan oleh anak cucu komunis DAP laknatullah untuk memperluaskan pengaruhnya dengan sentimen chauvinist, sesuatu yang telah dilenyapkan setelah peristiwa berdarah 13 Mei 1969.  Api dendam yang membara tatkala usaha merampas Tanah Melayu digagalkan, nyata telah dihidupkan kembali.  Dan kini ancaman itu semakin jelas.  

UMNO berdepan tugas yang getir dalam mempertahankan hak orang Islam dan Melayu.  Lebih menyukarkan, orang Melayu kini sudah berpecah, dengan PAS mengetuai orang Islam dan Melayu untuk berpakat dengan DAP dan PKR, demi dendam kesumat syaitanirrajim bertahun lamanya.  

Desakan-desakan dan tuduhan-tuduhan melampau dari konspirasi politik yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakatan Rakyat nyata memberi tamparan yang hebat kepada UMNO.  PAS sehingga kini tidak mampu lagi untuk menggalas perjuangan Islam dan Melayu, seperti yang pernah diakui oleh ramai pimpinan tertinggi mereka, kerana mereka tidak pernah berbangga menjadi Melayu!

Kini UMNO berdepan cabaran yang hebat, dengan semangat setiakawan dari parti komponen terbesarnya iaitu MCA dan MIC telah jauh terhakis akibat dari permainan politik berbahaya dari pihak pembangkang.

Mampukah UMNO memulihkan semangat setiakawan Barisan Nasional yang menjadi tunjang perpaduan, sekaligus menafikan cubaan "politik tidak sihat" untuk mengganggu gugat keharmonian dan kestabilan kaum yang telah dinikmati sekian lamanya? 

UMNO harus mempersiapkan dirinya bagi menghadapi gelora , sekaligus mengimbangi keperluan dan kehendak semasa orang Melayu.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...