Bersama Berjuang

Wednesday, May 11, 2011

UMNO 65 TAHUN: HILANGKAN SOMBONG DAN BONGKAKMU !


UMNO memimpin Barisan Nasional dalam mentadbir negara ini dalam satu jangkamasa yang cukup lama.  Jasa dan baktinya sudah terbukti.  Terlalu lama berkuasa, membuatkan segelintir pemimpin UMNO samada di peringkat atasan hinggalah bawahan mula terasa selesa.  Dan keselesaan ini sebenarnya telah menerbitkan sikap sombong.  

Dan tidak perlu dinafikan bahawa terdapat pemimpin di peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri yang menjadikan UMNO itu hak individu, sedangkan ia adalah wadah perjuangan sebuah bangsa yang bernama Melayu.  Kuasa yang diberikan rupanya digunakan atas kepentingan peribadi dan menindas rakyat.  Bukan itu sahaja, terdapat juga pemimpin yang langsung tidak menghormati pengundi-pengundi di kawasan masing-masing, terlupa dan terleka bahawa mereka sebenarnya dipilih oleh rakyat, bertuankan rakyat.  

Besar kepala pemimpin UMNO dapat dilihat apabila mengenepikan kehendak dan kemahuan rakyat setempat, dan menggunakan segala kuasa yang ada bagi "menentukan" keputusan yang kadang-kala tidak memenuhi "selera" rakyat.  Inilah titik permulaan kehancuran, apabila rakyat tidak lagi dihargai.

Seperkara yang GT mahukan anda semua faham, tidak semua pemimpin UMNO yang bersikap sombong dan besar kepala.  Masih ada ramai lagi yang mesra rakyat dan boleh menerima pendapat. Asalkan saluran itu betul, maka insyallah, akan sampai jua pendapat anda nanti.

Lebih memilukan, terdapat pula orang-orang di sekeliling pemimpin UMNO yang sebenarnya memainkan peranan yang besar terhadap kehancuran imej pemimpin tersebut.  Kita acapkali mendengar betapa lagak dan sombongnya individu itu hanya kerana dia orang kuat YB sipolan bin sipolan.  Walhal, YB tersebut sebenarnya cukup mesra rakyat.  Malang, orang kuatnya menjadi punca kejatuhannya.  Hati-hati, mereka ini selalunya menggunakan pemimpin-pemimpin untuk kepentingan peribadi, tanpa disedari oleh pemimpin itu sendiri.

Keselesaan membawa kepada sombong dan bongkak, yang sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada UMNO itu sendiri.

Gaya politik yang menerapkan "unsur takut" kepada rakyat terhadap kepimpinan harus diubah.  Pada zaman ini, "unsur takut" ini bakal mencipta ramai musuh, yang kebanyakkan akan beralih kepada platform politik yang satu lagi.  Gaya politik sebegini telah berada di waktu senja, menanti malam melabuhkan tirai.   Dan pabila malam melabuhkan tirai, gaya politik sombong, bongkak dan "ketakutan" ini pastikan hilang ditelan kegelapan malam.  

Dan pabila ini berlaku, maka UMNO akan sentiasa baru, dan terus relevan kepada rakyat, orang Melayu!

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...