Bersama Berjuang

Wednesday, May 11, 2011

UMNO 65 TAHUN: GT AKAN BERI TEGURAN, BUKAN PUJIAN YG SEBENARNYA KEPURAAN!


Parti keramat orang Melayu yg memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.  Mencecah umur 65 tahun, pelbagai pahit manis, perit jerih, dan pelbagai dugaan yang telah ditempuhi sepanjang perjalanan sebuah negara bernama Malaysia.

Artikel GT esok hari bakal menyentuh tentang UMNO.  Bukan pujian semata, namun GT lebih suka memberi teguran dan pandangan tentang kelemahan yang masih wujud setelah sekian lama memerintah.  

GT juga memohon ampun dan maaf kepada keseluruhan warga UMNO yang dipimpin oleh DS Najib Abd Razak andai ada artikel-artikel esok hari yg mempunyai sindiran atau perkara-perkara yang tidak disenangi.  Bukan menidakkan sumbangan UMNO selama ini, namun pujian yang hadir adakalanya bersifat khalayan dan kepura-puraan.  

Janganlah dipertikaikan nanti hendaknya, semangat sayangkan Agama, Bangsa dan Negara yang ada pada Gerakan Timur.  Memegang janji, menggenggam sumpah, menjadi TUAN di bumi bertuah!!!

Selamat Menyambut Ulangtahun yang ke 65 kepada UMNO!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...