Bersama Berjuang

Tuesday, May 10, 2011

CUBAAN MENGHAPUSKAN KG KERANDANG TERBANTUT!! YB KAMALANATHAN PERTAHAN HAK PENDUDUK!


GT tonton TV3 tadi.  Tunggu berita tentang nasib penduduk Kg Kerandang.  

Gambar diatas menunjukkan betapa megahnya PKR di kg berkenaan sewaktu PRU yang lepas.  Masing2 bercita-cita menumbangkan kerajaan BN yang kononnya zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Ada juga desas - desus bahawa Khalid Ibrahim berjanji untuk memberi geran tanah kepada penduduk yg tinggal disitu.  Status tanah tersebut pada masa ini, TOL.  Maka berbondong-bondonglah sokongan kepada politik baru.  Tapi segalanya berubah.  Politik baru rupanya bakal menghalau penduduk kg.   Penduduk yang rata-ratanya Melayu masih tidak sedar ancaman yang mereka hadapi di Selangor.  Tetapi peristiwa pagi tadi menjelaskan betapa agenda yang tersembunyi kian terlerai.

Mujur penduduk bangkit menentang penindasan ini.  Tanah yang telah dihuni berpuluh tahun dipertahankan, dan kehadiran P. Kamalanathan bagi menjadi orang tengah dalam kemelut ini dilihat membantu.  Kehadiran ahli Parlimen Hulu Selangor itu sangat penting, sekurang-kurangnya konsisten dengan praktikaliti BN yang tidak pernah mengganggu penduduk kg itu sebelum ini.  Begitulah "zalim" dan "tidak berperikemanusiaannya" kerajaan BN!

Terima kasih YB kerana mempertahankan rakyat yang ditindas!!!

Pakatan Selangor selalu mewar-warkan bahawa mereka memberi geran tanah kepada penduduk.  Adakah ia benar?  Ya... benar.  Namun rujuk kembali, dan siasatlah siapa majoriti penerimanya.

GT sekadar ingin tahu, adakah ianya satu balas dendam kepada penduduk kg berkenaan kerana kekalahan PKR pada PRK Hulu Selangor yang lalu?  Dan TOL dijadikan alasan ampuh untuk menghalalkan proses pengusiran Melayu dari Hulu Selangor?

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...