Gerakan Timur mengucapkan takziah kepada Tok Pa dan keluarga. Semoga allahyarhamah ibunya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...
Kasihnya ibu bawa ke syurga manakala kasihnya anak dapat mengusung dan menyempurnakan jenazah ibu amatlah bermakna. Begitulah kasihnya Datuk Mustapa kepada ibunya allahyarhamah Hajah Setawa Haji Mahmood, 80 tahun yang kembali ke rahmattullah 7.30 malam Sabtu kerana sakit tua.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang sedang bertugas mengiring Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Qatar terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman di kediaman ibunya di Kampung Badak, Bachok untuk menguruskan jenazah ibu beliau.
Jenazah telah dimandi, dikafankan dan di sembahyangkan selepas solat Zohor oleh lebih 500 orang penduduk setempat dan para pemimpin UMNO negeri yang hadir di masjid kampung tersebut.
Mustapa kemudiannya mengusung jenazah ke perkuburan dan beliau sendiri turun ke liang lahad bagi menyempurnakan perkebumian itu.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan Datuk Dr Awang Adek Husin serta pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian negeri Kelantan.- Gambar/Berita: LUKMAN ABDULLAH
AL-FATIHAH....
BELASUNGKAWA..SEMOGA ROH IBUNDANYA DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORG2 YG SOLEH..AMINNN
ReplyDeleteSaya ucapkan takziah kepada Tok Pa atas pemergian ibunya buat selama-lamanya.
ReplyDelete