Gerakan Timur mengucapkan takziah kepada Tok Pa dan keluarga.  Semoga allahyarhamah ibunya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... 
Kasihnya ibu bawa ke syurga manakala kasihnya anak dapat mengusung  dan menyempurnakan jenazah ibu amatlah bermakna. Begitulah kasihnya  Datuk Mustapa kepada ibunya allahyarhamah Hajah Setawa Haji Mahmood, 80  tahun yang kembali ke rahmattullah 7.30 malam Sabtu kerana sakit tua. 
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri  Mustapa Mohamed yang sedang bertugas mengiring Perdana Menteri Datuk  Seri Mohd Najib Tun Razak di Qatar terpaksa bergegas pulang ke kampung  halaman di kediaman ibunya di Kampung Badak, Bachok untuk menguruskan  jenazah ibu beliau.
Jenazah  telah dimandi, dikafankan dan di sembahyangkan selepas solat Zohor oleh  lebih 500 orang penduduk setempat dan para pemimpin UMNO negeri yang  hadir di masjid kampung tersebut.
Mustapa kemudiannya mengusung jenazah ke perkuburan dan beliau sendiri turun ke liang lahad bagi menyempurnakan perkebumian itu.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan  Datuk Dr Awang Adek Husin serta pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian negeri  Kelantan.- Gambar/Berita: LUKMAN ABDULLAH
AL-FATIHAH.... 


BELASUNGKAWA..SEMOGA ROH IBUNDANYA DI CUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORG2 YG SOLEH..AMINNN
ReplyDeleteSaya ucapkan takziah kepada Tok Pa atas pemergian ibunya buat selama-lamanya.
ReplyDelete