Bersama Berjuang

Thursday, May 19, 2011

"SELESAIKAN MASALAH DALAMAN" - TS MUHYIDDIN YASSIN


Saranan TS Muhyiddin Yassin agar UMNO harus menangani dan menyelesaikan masalah dalaman yang membelenggu samada bahagian atau cawangan dianggap satu tindakan berani dan berpijak pada bumi yang nyata.  

Kenyataan ini hadir setelah beliau mengadakan lawatan dan pemantauan di beberapa bahagian UMNO baru-baru ini. 

Kenyataan ini seharusnya membuka mata setiap ahli UMNO bahawasanya pilihanraya umum yang dijangka bakal diadakan dalam masa terdekat dan sebarang pergeseran serta pergaduhan sesama sendiri bakal melemahkan jentera parti.  

Semangat setiakawan amat penting dalam perjuangan selain sikap hormat-menghormati dan bertolak ansur sesama.  Budaya cantas-mencantas juga antara penyebab terjadinya sengketa kepada kumpulan-kumpulan kecil atau berpuak.  Inilah antara faktor yang melemahkan bukan sahaja UMNO, malah Barisan Nasional itu sendiri.  

TS Muhyiddin juga mengingatkan agar usaha gigih dan kerjasama dipergiatkan diantara ahli dan juga parti komponen BN bagi membentuk jentera pilihanraya yang kuat dan ampuh dalam misi memenangi PRU yang akan datang. 

1 comment:

  1. Brtul kata TS Muhyidin ...segalanya terletak ditangan pemimpin yang ada tetapi segalanya tak dapat bersatu dengan mudah... Apa yang dilihat sewajarnya golongan yang bersengketa itu tidak perlu untuk menjadi calon pada pilihanraya akan datang kerana sudah pasti akan ada boikot apabila salah satu darinya menjadi calon... Calon yang wajar adalah seorang calon yang boleh menang dalam PRU dan boleh memberi khidmat yang baik kepada pengundi.. Bukan ;ah hanya nak mengira calon anak tempatan , tetapi tidak pernah berhasrat untuk menetap di kawasan yang hendak dipertandingkan.. Manalah dia tahu apa masalah dikawasan itu sedangkan dia sendiri berada di tempat lain... Tidak berminat utk menjadi warga disitu... Malah hanya mengaku anak tempatan , rumah sendiri pun tak ada

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...