Bersama Berjuang

Monday, May 2, 2011

PANASSS... PERINGATAN DS NAJIB KEPADA PENGUNDI CINA!!!


Kaum Cina di negara ini perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum (PRU) akan datang atau kehilangan wakil dalam Kabinet kerajaan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pengundi kaum Cina telah diberi mesej jelas berhubung perkara itu,” kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyong, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semalam bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri sekiranya keputusan yang diperoleh oleh parti itu pada PRU akan datang lebih rendah daripada keputusan yang dicapai pada PRU ke-12.

Pada pilihan raya umum lepas, MCA memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen dan 31 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi parti tersebut.

Najib berkata beliau melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan. - Bernama


Yessss... satu tindakan yang bijak dari Pengerusi BN setelah bersikap "dermawan" yg kadang-kala GT kategorikan sebagai tahap melampau.  Namun GT percaya DS Najib punya strategi sendiri.  

Keputusan di PRN Sarawak adalah isyarat jelas bahawa orang Cina menolak MCA seterusnya BN waima telah diberikan bermacam bantuan.  

Strategi ini kena pada masanya kerana BN, terutamanya UMNO telah menunjukkan semangat setiakawan yg tinggi dgn memberi jawatan Menteri dan meletakkan calon mereka di kawasan majoriti Melayu.  

MCA harus membuktikan bahawa mereka betul2 dapat mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada BN.  Dan tiada alasan untuk tidak kembali kepada konsep kontrak sosial dan perlembagaan yang menyaksikan persemuafakan semua bangsa telah membawa Malaysia sehingga ke hari ini.  Dan paling penting, mereka harus bersuarakan BN, dan bukannya DAP!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...