Bersama Berjuang

Tuesday, May 10, 2011

MESTI BACA: Anwar Tuduh Tun Abd Razak BABI? Apa Sebenarnya Mesej dari Anwar?


Anwar semakin terdesak.  Desperado politik yang dikelilingi pelbagai isu nista gestapo, yang akhirnya membuatkan kegagalan otaknya berfungsi dengan normal.  Si mental politik ini sebenarnya sudah lama bersikap kebaratan dan kesongsangan, hasil kerjasama erat dengan Uncle Sam.  

Bagaimana dia mahu menafikannya?  Kerana sebenarnya rasa geram, terdesak dan hilang kewarasan yang membuatkan aksinya di luar kawalan apabila di pentas, tidak seperti aksinya yang dirakam CCTV. 

Pandikutti atau anak babi - gelaran yang diberikan oleh Anwar kepada DS Najib.  Sedang pembangkang sibuk dengan membersihkan negara dari kononnya politik kotor dan lucah, bagaimana pula politik kebencian yang berasaskan maki dan cacian ini? 

GT menunggu penuh minat kenyataan - kenyataan dari PAS atau PKR mengenai isu ini.  Difahamkan, Anwar telah membuat penafian melalui laman twitternya.  Kita lihat bagaimana mereka memutarbelitkan fakta dan hukum nanti!  

Seperkara yang perlu perhatikan, ucapan Anwar itu sebenarnya lebih besar pengertiannya kerana ia juga bersangkut paut dengan strategi politik dari bekas mantan PM, Allahyarham Tun Abd Razak.  Kita tahu bahawa Tun Abd Razak telah berjaya membawa penyatuan kaum dan menang pada PRU 1974 atas tiket Barisan Nasional.  DS Najib juga dilihat sedang menghadapi krisis perkauman yang teruk dan sedang dalam usaha untuk memulihkan keadaan ini.  Senario yang persis spt yang pernah dihadapi oleh arwah bapanya.   

Dan mengapa PAS secara keras menolak perpaduan? Ini kerana teringat peristiwa lama setelah dijemput menyertai BN oleh Tun Abd Razak, tanpa memberikan fakta sebenar kpd penyokong mereka, mengapa PAS ditendang keluar oleh BN pada 1977.

Perkataan "anak babi" yang ditujukan kepada DS Najib sebenarnya serampang dua mata.  Andai mesej penghinaan itu adalah untuk DS Najib, apa pula mesej yang sedang Anwar sampaikan kepada PAS?  

Tanpa berselindung, UMNO menghulurkan salam persaudaraan Islam bagi membentuk kekuatan ummah.  Dan taktik ini membuktikan bahawa ia berjaya menewaskan chauvisnist DAP pada 1974, ilham dari Tun Abd Razak.

Anwar cukup takut jika PAS membentuk perpaduan bersama UMNO.  Apa lah ada pada PKR, satu parti bertaraf PARASIT, hidup segar menumpang dan menghirup hasil titik peluh orang lain.  Oleh itu ada kenangan palsu luka lama PAS  yang cuba disampaikannya melalui "pandikutti", agar kepalsuan itu berjaya menjadi kebencian.

Andai DS Najib dilabelkan sebagai anak babi, adakah Anwar juga maksudkan bahawa Tun Abd Razak itu .........  ???

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...