Mahfuz Omar, agen antai-perpaduan hari ini mengesahkan statusnya sebagai batu penghalang untuk melihat Islam dan Melayu terus relevan di bumi bertuah ini.
Berdarah keling Gujerat, dia yang dikenali dengan nama Mr. Bean sekali lagi menyerlahkan gaya politik ala PKR yg kelihatan tidak disedari oleh kebanyakkan ahlul PAS.
Menurutnya jangan samakan perpaduan Hamas dan Fatah kerana mereka sedang dizalimi oleh Zionis. Maka dengan alasan ini kita tahu bahawa Mahfuz mahukan negara ini ditadbir oleh DAP, dimana Islam dan Melayu ditindas, barulah perpaduan boleh digunakan pakai.
Mr. Bean juga menyatakan bahawa UMNO mempersendakan Islam, sedang Islam cukup mekar dibawah UMNO dgn pelbagai pengiktirafan mahupun prasarana yg dibina bagi memenuhi keperluan ummat Islam. Kemunafikan PAS dalam perjuangannya jelas dgn janji-janji yg tidak bertunai, di Selangor, Kelantan dan Kedah. Itu belum diambil kira dari pandangan-pandangan terbaru pemimpin PAS sendiri tentang hudud, negara Islam dsb.
Nampaknya, Mr. Bean takut kepada perpaduan, yang semestinya akan memberi peluang kepada PAS sendiri untuk melontarkan pendapat dan pandangan apabila mentadbir bersama nanti. Dan waktu itulah PAS seharusnya mengambil peluang untuk memperbetulkan kelemahan UMNO seperti yang didakwa oleh mereka.
Kelemahan dan perpecahan ummat Islam di Palestin yang mengakibatkan mereka dijajah oleh yahudi selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah diambil sebagai pengajaran. Bukan itu sahaja, nasib Islam dan Melayu di Singapura juga tidak pernah diambil sbg teladan. Punca berlakunya 13 Mei apatah lagi.
Begitulah peribadi seorang pemimpin yang tidak pernah mahu belajar dari sejarah agama, bangsa dan negaranya sendiri.
Emmm, mungkin PKR akan di serap kedalam PAS dan PAS akan jadi PKR.
ReplyDelete