Bersama Berjuang

Saturday, April 9, 2011

CHARLES SANTIAGO DAKWA AHMAD SARBANI MANGSA BUNUH???


GT terbaca satu kenyataan dari FMT yang mengatakan bahawa Charles Santiago memberi tahu bahawa seorang pegawai kanan berkemungkinan mempunyai hubungkait dengan kematian Sarbani.

Ahli Parlimen Klang itu berkata dia mengetahui perkara ini melalui ejen-ejen penghantar kargo di Pelabuhan Klang.  

Ini adalah dakwaan yang serius yang boleh diklasifikasikan sebagai kes bunuh.  Charles wajib dipanggil memberi keterangan berikutan perkara ini bagi membantu siasatan.  

Polis sudah mengklasifikasikan ia sebagai kes bunuh diri, namun ianya ditolak oleh rakan-rakan dan kesatuan sekerja.  

GT percaya kepada laporan siasatan, namun dakwaan Charles juga wajib diambil kira oleh pihak penyiasat.  Kita mahukan siasatan yang telus dan rapi dimana segala kemungkinan diambil kira.  

Dan yang paling penting, kita tidak mahu terus - terusan membiarkan jerung kelaparan bermaharajalela membaham duit hasil dari memanipulasikan cukai Kastam!

1 comment:

  1. Kalau dah pasti dia menuduh sademikian. krejaan samestinya menghadapkannya segra ka mahkamah untuk memberi prima-facie evidence serta merta. Kalau dia gagal berbuat demikian kerana kesuntukan masa ,jatuhkan hukuman yg setimpal serta merta dan dia bolih buat appeal dari sg buluh nanti.Ini cara yg telah teruji mengubati penyakit orang2 yang gemar main2 melempar tuduhan melulu.Bagi tahu menteri cara ini akan pulih semangat rakyat yg sgt meluat dgn kebiadapan orang2 yg sedang dalam orgasm politik mereka sekarang.Ini juga bokti mereka yg berkuasa!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...