KUALA LUMPUR, 2 April — Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengumumkan senarai penuh 71 calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya negeri ke-10 di Kuching esok. (HARI INI)
Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama tiga pemimpin parti komponen BN dari negeri ini bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya petang semalam bagi membincangkan senarai penuh calon berkenaan. Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri James Jemut Masing berkata, senarai penuh nama calon BN Sarawak sudah diserahkan kepada Najib selaku Pengerusi BN Pusat bagi diputuskan.
“Kita akan menerima apa saja keputusan yang dibuat di antara Ketua Menteri dan Perdana Menteri demi kepentingan BN Sarawak dan penyokongnya. Ketua Menteri akan mengumumkan senarai penuh itu Ahad ini (esok) di Kuching,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, pada pertemuan semalam Najib secara asas sudah bersetuju dengan semua calon dikemukakan partinya selain mencadangkan agar SUPP menampilkan calon boleh menang bagi memastikan peluang cerah pada pilihan raya negeri nanti.
“Saya amat gembira kerana pada pertemuan (semalam), Perdana Menteri sedia membantu kita selepas melihat senarai lengkap,” katanya. Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Seri William Mawan Ikom pula berkata, Najib memberi sokongan penuh kepada senarai calon yang diserahkan parti itu serta memberi jaminan akan memilih calon terbaik yang ditampilkan SPDP.
“Ketua Menteri dan Perdana Menteri sudah menilai keadaan di Sarawak secara keseluruhan dan keputusan mereka adalah hanya calon yang boleh menang akan ditampilkan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN Sarawak, Datuk Fadillah Yusof mengumumkan 25 peratus daripada calon yang diserahkan kepada Najib adalah golongan muda.
“Kita percaya Ketua Menteri dan Perdana Menteri akan memberi peluang kepada calon muda berkredibiliti pada pilihan raya kali ini,” katanya pada sidang media di Kuching, semalam. - TMI
GERAKAN TIMUR:
Yeaaahhhh!!! Gelanggang akan dibuka. Medan tempur bakal menjadi hingar, bingar. Ayuh rakyat Sarawak, pastikan pakatan pembangkang tersungkur di laut China Selatan!!!
Yang pastinya BN cool, x macam Pakatan Haprak yang bercakaran sesama sendiri nak agih kerusi. Agih kerusi pun dah gaduh besar, mcm mana nak beri kepercayaan pimpin negara?
ReplyDeletehttp://apakecoh2.blogspot.com/