Bersama Berjuang

Saturday, April 23, 2011

ANWAR MIGRAIN GARA-GARA AGENSI PENYIARAN KOREA... MANA MAU LARI, HAAA???

Makin jelas lelaki dalam video seks yang riuh satu Malaysia itu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar Berita Harian hari ini menyiarkan laporan biometrik sebuah agensi penyiaran luar negara yang menganalisis dan membuat kesimpulan bahawa pelaku tersebut sepadan dengan Anwar Ibrahim.

Analisis agensi penyiaran terkemuka Korea Selatan itu menganalisis rakaman video seks tersebut berdasarkan perincian saiz tubuh Anwar dalam rekod polis.

Menurut laporan tersebut, keputusan analisis visual dan teknikal video itu diperoleh oleh pasukan penyiasat khas yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani pada 10 April lalu selepas menghantar sampel rakaman berkenaan kepada agensi itu pada 4 April.

Difahamkan antara kaedah yang digunakan bagi membantu siasatan dan pengecaman individu dalam rakaman itu ialah melalui sistem biometrik (mesin imbasan diri berkomputer)

Lapor Berita Harian yang memetik sumber, keputusan analisis itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

Selain itu, polis juga sudah mengenal pasti lokasi rakaman berkenaan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir ibu negara, selain menyiasat wanita warga asing dalam rakaman video itu, di percayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), di sini.

“Polis hanya menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesahihan sama ada lelaki dalam rakaman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim atau bukan”, katanya semalam.

Katanya, siasatan polis tidak terlalu memfokuskan pada isu jam tangan Omega, dipercayai milik Anwar yang ditemui dalam bilik video berkenaan dirakam, tetapi setakat ini ia dikesan dibeli di Taiwan pada tahun 2004.

“Isu jam itu tidak begitu penting. Namun berdasarkan pemeriksaan dengan wakil pengedar di Taiwan, ia hanya mula merekodkan identiti pemilik pada 2008. Justeru, jika ia dibeli pada 2004, amat sukar untuk polis mengenal pasti pemiliknya, kecuali pemilik sendiri secara sukarela mendaftarkan jam itu,” katanya.

Mengenai lokasi rakaman, sumber itu berkata, siasatan kini hampir selesai selepas polis menjalankan pemeriksaan di kondominium berkenaan, termasuk soal siasat terhadap 40 individu sebelum menyerahkan keputusan siasatan awal kepada Pejabat Peguam Negara.

Selain itu, polis akan memberikan tumpuan awal penyiasatan terhadap ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim yang dipercayai turut berada dalam rakaman itu.

Mereka mungkin juga menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menayangkan rakaman video lucah.

Pada 23 Mac lalu, mereka bersama bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, membuat pengakuan merekalah ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab menayangkan rakaman video berkenaan kepada media.

Polis mungkin akan memanggil Anwar sekali lagi bagi memberi keterangan selepas kali pertama beliau diarahkan berbuat demikian ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 22 Mac lalu.

Perkembangan terbaru mengenai keputusan itu dijangka diumumkan Polis Bukit Aman dalam masa terdekat selepas hasil siasatan kes diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Sebelum ini, isteri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media menafikan individu tersebut adalah suaminya.

Kata beliau, bentuk badan pelaku dalam video seks itu berbeza dengan Anwar yang dikenali beliau. - AD

2 comments:

  1. MANA MAU LARI? DARI AWAL TIPU, SKRG KENA CARI IDEA BARU UTK TIPU LAGI...DAN LAGI...DAN LAGI...
    MENIPU SAMPAI MATI LA JAWABNYA..

    ReplyDelete
  2. Cepat la pakcik AnWAR, bile nak saman Berita Harian atas artikel tu?? Atau pakcik AnWAR memang sah langgan pelacur amoi budak kolej?

    OOOoooo.... memang sah la tu.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...