Bersama Berjuang

Tuesday, March 8, 2011

SELEPAS KERDAU: EPILOG SEDIH DARI KERDAU!!!


Kemenangan di Kerdau sebenarnya memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada GT.  Ini berikutan GT difahamkan bahawa DUN Kerdau merupakan kubu kuat PAS di Pahang.  Oleh sebab itulah, ramai blogger2 barisan hadapan turun ke Kerdau, demi memastikan DUN Kerdau tidak jatuh ke tangan PAS!

Tentangan sengit yg diharapkan rupanya sekadar mimpi.  Blogger pecacai PAS melarikan diri ke Merlimau berikutan keberangkatan blogger2 ini ke Kerdau telah diketahui oleh mereka.  Ini jelas membuktikan bahawa mereka takut untuk berhadapan dgn blogger pro kerajaan yang saban hari mematahkan fitnah2 jahat syaitanirrajim mereka.  

Mgkin juga sifat penakut Tuan Ibrahim Tuan Man memaksa mereka memboikot PRK Kerdau.  Spt yang telah didedahkan oleh blogger Pisau.net sebelum ini, Tuan Ibrahim berkeras untuk menjadi calon di Kerdau setelah menolak tawaran PAS untuk menjadi Pengarah Jentera Pilihanraya PAS untuk PRK Merlimau.  Tuan Ibrahim terpaksa menarik diri berikutan BN telah meletakkan calon berwibawa, Ustaz Syed Ibra.  Akhirnya, calon R & R yang diletakkan.  Blogger pecacai mereka turut tidak bersetuju dengan penamaan calon ini!

Kasihan Hasanuddin, menjadi kambing politik demi menjaga imej Tuan Ibrahim.  Tuan Ibrahim tahu dia akan kalah jika bertanding melawan Ustaz Syed Ibra.  Hari ini Tuan Ibrahim boleh menarik nafas lega, kerna dia selamat akibat percaturan kambing politiknya.  Tuan Ibrahim boleh untuk terus bermimpi untuk mengejar cita-cita politiknya.  Perwatakannya yg alim tidak bermakna dia tidak kejam, kerana dalam politik, semua ahli politik bernafsu besar!

Gerak kerja jentera PAS juga dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam berkempen.  Kalau ada, mgkin hanyalah jentera tempatan yang masih setia kepada Tuan Ibrahim.  Jentera luar sudah menduga apalah guna bermati-matian, andai Pengarah Jenteranya sendiri takut untuk berdepan Ustaz Syed Ibra. 

Sedang blogger pro kerajaan memerhatikan gerak kerja tempang PAS di Kerdau, hari terakhir kempen sebenarnya menjadi sesuatu yang menggemparkan.  Letusan berapi dari hati para bloggers pro kerajaan tidak boleh dihalang lagi.  

Kami faham jika pemimpin PAS menghina kami.  Kami mengerti jika pemimpin PKR merendah2kan maruah kami.  Kalau DAP, mmg kami akan lawan habis-habisan.  

Tapi hari berkempen terakhir di Kerdau menyaksikan blogger pro kerajaan dihina oleh pak menteri.  Saifuddin Abdullah nama diberi.  Politik baru akidah di hati.  Tidak bijak dilabelkan kepada kami.  Tunggu masa untuk membalun kami!!! 

Yaa.. saifudin, tunggulah esok.  Posting GT akan dihalakan kepada dia.  Lebih kurang macam talqin untuk  Saifuddin Abdullah. 

2 comments:

  1. time for him to go.less respect to this pak menteri.arrogant will not bring you anywhere.

    ReplyDelete
  2. Tahniah bro.
    Serangan maya bloggers pro kerajaan BN terhadap Blogger pakatan didapati berkesan.
    Namun ada juga suara2 sumbang dari YB sendiri yang memperlekehkan kita !
    Ada ubi ada batas.
    Giliran YB tersebut akan sampai juga....
    Akan tersungkur dikaki Blogger seperti kita ini !

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...