Rahimi adalah watak baru di pentas ceramah untuk membalun Anwar. GT tidak mengharapkan orator hebat darinya.
Malam tadi menyaksikan Rahimi dengan gayanya yang bersahaja bijak menarik perhatian hadirin. Kerana apa? Kerana Rahimi anak Temerloh. Oratornya dengan gaya loghat tempatan ternyata mempunyai "personal touching" dengan penduduk tempatan. Membahasakan dirinya dengan panggilan "koi" yang membawa maksud saya, ternyata menambat hati hadirin.
Rahimi memberitahu betapa Anwar mempunyai syarikat yang beroperasi di US dengan kos operasi berjumlah RM2 juta. Persoalannya, dari mana Anwar mempunyai wang sebanyak ini, dan siapa yang menjadi sumber biayanya. Tanpa berselindung, Rahimi membongkar bahawa Anwar sebenarnya mempunyai hubungan dengan yahudi yang mana bertindak sebagai "funder".
Beliau berjanji untuk mendedahkan dokumen2 bukti tentang kaitan Anwar dengan organisasi Yahudi sedikit masa nanti. Beliau memilih untuk tidak mendedahkan dokumen itu pada waktu ini kerana tidak mahu dituduh dibayar oleh UMNO. Tipikal Anwar, asal ada orang2nya yang menerima hidayah kebenaran, maka dia akan menuduhnya bahawa mereka dibayar atau dibeli oleh UMNO.
Rahimi berharap untuk bertembung dengan Anwar di Kerdau, tetapi sehingga hari ini, hajatnya belum tercapai! Yang paling GT tertarik adalah apabila Rahim berseloroh dengan mengatakan:
"Koi mmg ade jumpe dengan Anwar, tapi dalam mimpi. Tapi yang koi heran, dalam mimpi pun Anwar masih berbohong!"
Muahahahahahaha... Cili kasi taruk, Anwar mmg kaki temberang!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!