Bersama Berjuang

Thursday, March 3, 2011

PRK KERDAU: JGN TERTIPU!!! PAS GUNAKAN TAKTIK RAIH UNDI SIMPATI!!!


PAS tahu mereka akan kalah.  Oleh itu calon R&R telah dipersembahkan kepada rakyat untuk menghabiskan duit rakyat pada PRK kali ini.  Itu PAS tidak peduli atas alasan demokrasi. 

Yaa.. demokrasi melihat PAS cuba menyelamatkan Pesuruhjaya PAS Pahang yang berkobar-kobar untuk bertanding tetapi terpaksa menarik handbreak atas ketidakyakinan dirinya bertanding dengan calon BN, Ustaz Syed Ibra. 

Taktik terbaru PAS ialah melalui undi simpati untuk mengurangkan majoriti yang dimenangi oleh BN pada PRU yg lalu. 

Senario pertama adalah dengan semangat ahli PAS ingin membuktikan kepada Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa calon R & R ini mampu membuat kejutan.  Dengan harapan agar calon PAS menang, maka ia akan menempelak sikap pengecut Tuan Ibrahim.  Undi simpati akan diberikan oleh ahli PAS kepada calon mereka sendiri dek kerana bengang.  Tidak mustahil pengundi atas pagar juga akan berbuat demikian. 

Kedua, PAS telahpun berkempen dari rumah ke rumah dengan mengatakan bahawa calon mereka tidak akan menang.  Namun, apalah salah untuk beri mereka 1 undi untuk kali ini.  Pendekatan psycho ini digunakan dengan nada merintih simpati.  Andai mereka pergi ke 500 buah rumah dan setiap satu rumah memberi 1 undi simpati, anda hitung hasilnya. 

Andai calon PAS menang atau dapat mengurangkan majoriti kemenangan BN, maka orang pertama yang mendabik dada tentulah Tuan Ibrahim Tuan Man!  Dia akan berkata di Harakah selama 7 hari 7 malam bahawa strateginya mengena dan keputusannya untuk meletakkan calon R & R adalah tepat!  "Saham"nya akan meningkat untuk PRU yg akan datang. 

Sebaliknya jika PAS kalah, dia boleh berkata bahawa kekalahan telah diduga.  Maka selamatlah imejnya dari dipalit kekalahan yg sama sekali menjadi harapan agar karier politiknya terus bertahan!!! 

Serampang dua mata!!!

RAKYAT JANGAN TERTIPU DENGAN MEMBERI UNDI SIMPATI KEPADA PAS WALAU APA JUA ALASAN!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...