Ummi Hafilda, nama yang menjadi cemuhan selama 13 tahun. Beliau bersendirian, tanpa ada pemimpin baik dari parti politik atau NGO untuk yg tampil mempertahankan. Selama waktu itulah beliau terpaksa melalui pelbagai pahit getir tanpa ada sesiapa yang mempedulikan nasibnya, walhal beliaulah wanita yg telah menumbangkan si durjana Anwar Ibrahim, Timb. Perdana Menteri ketika itu.
Hari ini Ummi bangkit, bertemu rakyat untuk mendedahkan siapa dia sebenarnya Sheikh Anwar Al Juburi!!! Cita-citanya yang dilafazkan sewaktu PC pertamanya di Subang Jaya, iaitu turun untuk membuat roadtour bagi mendedahkan kebenaran akhirnya tercapai.
Namanya kini menjadi bualan hangat diseluruh pelusuk negara, apatah lagi beliau telah berjaya membuat Anwar lari lintang pukang sewaktu di Kerdau. Sebut sahaja Ummi Hafilda akan turun berceramah, pastinya kehadiran rakyat tidak akan mengecewakan. Blognya iaitu Srikandi 7 mempunyai pengikut yg ramai dalam masa yg sangat singkat!
Populariti Ummi rupanya cuba ditumpang seseorang. GT difahamkan terdapat seseorang yg menghubungi Ummi kononnya mendapat arahan dari pemimpin negara. Arahan itu ialah segala program Ummi mulai sekian tarikh mesti melalui seseorang ini. Akhirnya satu pertemuan telah diadakan di sebuah hotel terkemuka di KL diantara Ummi dan seseorang.
Seseorang ini mendakwa telah mendapat mandat dari pemimpin negara melalui pertemuannya dengan pemimpin berkenaan di Parlimen. "Mulai saat ini, segala program U mesti melalui I". Ummi tidak mudah terperangkap lalu bertanya soalan perangkap "Berapa pemimpin berkenaan hendak bayar saya?" Seseorang itu menjawab "Eh... ini perjuangan". Ummi menyambung "Kalau macam tu, bawa saya bertemu dengan pemimpin yang berkenaan". Seseorang pula menjawab "Tak boleh. Kena buat kerja dulu, buktikan...".
GT tidak mahu menuduh seseorang itu. Namun, terdapat keraguan kerana selama ini, Ummi bergerak tanpa memerlukan "manager". Dan GT percaya, andai ia arahan dari "pemimpin berkenaan", beliau tidak perlu menggunakan orang tengah, sebaliknya beliau boleh menghantar Setpol atau Pegawai Khasnya! Dan yang peliknya, seseorang ini kelihatan gabra apabila Ummi menyatakan untuk bertemu dengan pemimpin yang dimaksudkan.
Jawapan "tak boleh, kena buat kerja dulu" juga amat melucukan. Ini kerana satu Malaysia tahu bahawa Ummi sudah mula pusing satu Malaya untuk buat kerja! Bukti apa lagi??? Anwar lintang pukang di Kerdau, siapa punya kerja??? Apa yang cuba disembunyikan oleh seseorang ini sebenarnya?
Teori GT ialah seseorang ini cuba mengambil kesempatan disebalik populariti Ummi. Dia cuba mengawal Ummi atau mgkin cuba menjadi "manager" Ummi agar dapat menjadikannya modal utk kepentingan politik dan peribadinya. Untuk makluman anda, seseorang ini adalah orang politik. Pastinya, dia punya cita-cita politik. Untuk kepentingan peribadi pula, tidak mustahil seseorang ini akan menggunakan Ummi untuk menyakau duit... siapa nak Ummi datang, kena bayar!!! Itu belum claim sana sini. Atau worst come to worst, dia punya hati pada Ummi??? Nak tackle kot? huhuhuhu...
Politik, mmg begini. Kita sudah terbiasa mendengar perkataan-perkataan dibawah:
"Eh...Saya kenal dia Dato', dia tu bawah saya"
"Dia budak saya"
"Dato', bawah saya ada 30 bloggers. Saya boleh uruskan mereka"
"Dato' Seri, Ummi bawah jagaan saya, dan kita akan buat ceramah lebih hebat selepas ini. Saya jamin. Saya akan uruskan".
Dalam senario jual nama spt diatas, siapa yang dapat kredit???
Pada yang cuba mengambil kesempatan ke atas Ummi Hafilda, GT nasihatkan tak payahlah. GT tak sebut nama sebab hormat. Masih ingin beri peluang kepada seseorang ini. One thing for sure, bloggers are watching you...
Henti-hentikanlah perangai mengambil kredit dari usaha orang. Jual nama pemimpin pulak tu... tak pasal2 nama pemimpin tu jadi busuk nanti....
mana punya lahabau tu bro? kasi dedah je
ReplyDeletebagus jadi manager pak anwar ibrahim.
ReplyDelete